story from back
cinta untuk dijual! kaoru.. versi novel...
Isnin, 13 April 2015 • 3:02 PTG • 1 comments

assalamualaikum... hello... ni adalah dari komik cinta untuk dijual.. saje je buat tulisan.. macam best je... XD hahaha.. harap2 tak kena saman dengan gempak...im just a fan..

cuba bayangkan~~~ 
miku = ariz forteen
virginia = emma maembong
julien = zoey rahman
pitou = zul ariffin
miya = nora danish
albert = dafi

Act 1
Apa yang aku tahu, ibu ialah seorang wanita yang penuh dengan sifat kelembutan dan kecantikannya umpama bidadari.
“urr... mama, sakitnya kaki miku” aku berlari sambil menagis menuju ke arah mama yang sedang menyidai baju.
“alahai, anak mama luka sebab jatuh ya? Jangan bimbang. Mama tahu satu jampi yang boleh hilangkan sakit miku tau.” Mama mendekati aku. “tengok ni! Mama dah kirimkan jampi dengan dahi mama. Sakit miku dah hilang, kan?” setiap kali mama lakukan perkara ini, entah macam mana segala kesakitan dan kerisauan aku lenyap bergitu saja. Sedar tak sedar, 20 tahun sudah berlalu..
“hei miku! Bukan ke kau nak pergi tempat pitou hari ni?dah lewat ni.”
“yalah kak. Aku gerak sekarang.”
 Ibu dan ayah dah 10 tahun tinggalkan kami. Hanya kedai ramen ini je lah peninggalan mereka.
“miku, bawakan sekali ramen ni. Akak nak belanja diaorang makan sikit.”
“okay.. akak aku keluar sekejap tau.”
Kak miya bekerja keras agar kedai kami terus bertahan tapi..
“selamat datang pelanggan budiman. Hari ini ada promosi hebat di restoran nippon ichiban! Nikmatilah nasi daging spesial kami!”
Sebuah restoran jepun yang baru dan lebih besar buka bisnes dekat depan kedai kami membuatkan perniagaan kami terjejas. Kini kedai kami sering mengalami kerugian, sampai sewa kedai pun dah tak mampu nak bayar.
“lamanya tak pergi kedai korang. Rindu pulak dengan ramen buatan miya tu” salah seorang bekas pelangan aku menegur ketika aku berjalan melintasi restoran pesaing tersebut.
Sekarang ini ada la seorang dua pelanggan tetap kami yang selalu datang.
“lepas la tangan aku!! Kalau tak.. aku report polis! Sudah lah! Tak kira macam pun kau buat.. aku tetap takkan jadi girlfriend kau! Aku nak cari dia! Kau tak patut buat macam ni! Aku dah ada boyfriend, faham tak?!”
“jangan degil la! Awak dengan dia dah putus. Sekarang saya lah boyfriend awak!”
“siapa cakap kau ni boyfriend aku...”
“hei! Nanti kejap.. aku nak minta tolong..” perempuan tersebut menarik baju aku dari belakang dan aku menoleh memandangnya.
“kalau kau bagi tahu mamat tu kau ni boyfriend aku, seratus ni milik kau.” Dia memberi aku duit not seratus. Akhirnya, aku terbabit juga dalam pergaduhan diaorang.
“jom! Cakap kuat-kuat tau.. cepat lah cakap sekarang! Hei cepatlah” aku hanya diam membisu.
“jangan lah susahkan orang lain lagi.saya dah dengar semuanya! Awak tak mungkin dapat halau saya semudah ini.” Lelaki tersebut bersuara.
“takkan lah kau ni ada masalah pertuturan pula?!”
“ikut saya sekarang jugak!” lelaki tersebut menarik perempuan tersebut.
“jangan tarik lah! Berani kau sentuh aku! Aku mesti ajar kau hari ni!” perempuan tersebut memijak kaki lelaki tersebut dengan heelnya dan merampas kembali duit yang diberi kepada aku dengan wajah yang bengis dan dia berlalu pergi.
“aduh, sakitnya kaki aku.. hei.. jangan pergi.. tunggu!” lelaki tersebut mengekori perempuan tersebut.
Dia ni memang perempuan pelik.dia betul-betul ingat aku ni ada masalah pertuturan ker?
“encik.. maaf, kedai belum buka lagi.”kelihatan seorang lelaki menoleh kearah aku.
“oh! Miku rupanya!” aku menuju ke display gelato yang berada di situ.
“ni ramen buatan miya ke? Baik betul kakak kau ni.. mamat seorang lagi mana? Julien tak ikut sekali?”
Dia ni pitou, salah seorang kawan rapat aku dari zaman budak-budak lagi.
“miku, kau nak makan gelato ke?” gelato yang dibuat oleh pitou memang enak tak terhingga.
“erm..em.. sedapnya ramen ni. Miya memang pandai masak! Miku, nanti tolong bagi gelato dekat miya ye? Aku dah buat perisa favourite dia ni.” Aku menikmati gelato yang dihidang oleh pitou dan pitou menjamah ramen yang aku bawa.
“aku memang bengang tengok dua orang kawan baik aku seronok sangat makan sampai tak perasan aku datang! Tak guna aku beria-ria bawa kek untuk belanja korang!”
Dia ni julien.seorang lagi kawan rapat aku. Dia ni anak bongsu pemilik kedai kek. Julien ni memang cerdik.. dia lepasan universiti terkenal dan sekarang berkerja dengan sebuah syarikat multinasional.
“ni semua sebab kau tak pandai tepati masa!” pitou bersuara. Julien mendekati aku dan mencium dahi aku.
“kau ambil kek dari kedai kau.. maknanya kau dah jumpa ibu bapa kau lah?” pitou bertanya kepada julien.
“mak aku je yang ada.. kenapa?”
Hubungan julen dengan bapanya renggang sejak dulu lagi.
“hari tu aku bertembung dengan mak kau. Dia cakap, pinggang bapa kau terseliuh masa kerja.”
“wah!!! Ramen aku suka!”
“wei!! Kurang asam betullah. Dengar lah apa aku cakap ni! Malas aku nak cakap pasal keluarga kau lagi!!” pitou mula bengang, julien pula tidak endahkan pitou dan mula menjamah ramennya.
“wah!! Miku ni makin handal lah buat ramen! Apa kata jadi isteri aku je, miku?” julien memelukku secara mengejut.
“lepaskan tangan kau!! Miku tu kan lelaki?! Macam mana dia nak jadi isteri kau hah!”
“kenapa tak boleh pula?! Miku ni lagi cantik berbanding wanita sebenar!” pitou dan julien mula bergaduh.
“miang!! Gatal!! Buaya darat tak berhati perut macam kau ni jangan ingat semua orang sama je!!”
“julien, kau dah break lagi ke?” aku bersuara. Pergaduhan mereka terhenti.
“ma.. mana ada.. aku dengan virginia baru je nak mulakan hubungan. Takkan lah dah putus kot.”
“sah! Memang dah kena reject!”
“sudah! Jangan bincang pasal hal tak penting. Kita kan dah lama tak jumpa.. aku pun dah lama tak pergi kedai ramen miku! Masa kecil kita selalu main dekat sana, kan? Apa kata bulan depan kita buat gathering dekat kedai ramen miku?”
“aku rasa kedai tu dah tak mampu bertahan sampai bulan depan.”
“apa!!!” pitou dan julien bersuara serentak.
“tak mungkin.. restoran baru dekat depan kedai kau tu dah rampas semua pelanggan ker?”
“kau tipu ke?”
“kalau tak disebabkan restoran tu pun, sekarang ni ramai budak muda tak suka makan ramen. Diaorang anggap ramen ni sesuai untuk orang tua je. Sebenarnya perniagaan dah merosot sejak kebelakangan ni..”
“betul tu! Gadis pun tak suka makan ramen yang panas tu sebab takut mekap diaorang cair dan berpeluh. Kalau macam ni, memang susah nak berniaga lah! Pelanggan lelaki je datang”
“jadi.. miya ada rancang stategi untuk selamatkan kedai ke?” aku hanya diam seribu bahasa.
Tiga hari kemudian...
“hei pitou, betul ke apa yang miku cakap tu? Aku rasa susah nak berjaya rancangan dia tu..”
“tak kisah lah berjaya ataupun tak.jom kita masuk dan tengok apa yang kita boleh tolong.”
“amoi! Bagi semangkuk miso ramen!”
“Cik minta tambah air! Nak tambah pesanan sekali!”
“yasai ramen aku belum sampai lagi!”
“wahh!! Ramainya orang..”
“hai, pitou!”
“ah! Miya..”
“tak sangka pula korang betul-betul datang hari ini..” aku keluar dengan pakaian wanita dan juga rambut panjang palsu.
“mi.. miku!!!” pitou dan julien kelihatan amat terkejut.
“inilah stategi aku!” miya berkata sambil tersenyum
“takkan lah ni sebabnya pelanggan makin ramai!”
“maaf aku nampak kelakar sangat ke?”
“aku rasa.. makeup ni sesuai sangat dengan kau.. entah. Aku pun tak tahu nak cakap apa.. betul tak julien?Rasanya kalau nampak kelakar, takkan lah ramai pelanggan datang”
“miku, jadi lah isteri aku!!!” julien mendekati aku dengan mata yang bersinar.
“apa kata kita bincang lepas kedai tutup?” pitou menumbuk julien yang sudah hilang akal.
“KELAKAR BETUL!!! Kau ingat dengan cara ni boleh tingkatkan keuntungan kedai ke? Kau ni pandai berniaga ke? Sejak bila miku jadi barang dagangan kau?”julien mula bergaduh dengan miya.
“berani kau kutuk strategi aku? Kenapa nak marah-marah dekat sini pulak? Suka hati la kitaorang nak buat apa pun!”
“aku ni risaukan si miku! Setakat perempuan tua macam kau ni aku tak kisah sangat. Tapi kalau miku aku yang comel ni diculik, macam mana?”
“sejak bila miku jadi hak milik kau ni? Perasan! Kau ingat kau ni bapa dia? Suami dia?”
“memang susah nak bayangkan diaorang ni dulu pernah jadi couple. Couple dahsyat!”
“puii!! Berani ungkit cerita lama? Aku kerjakan kau nanti!” komen pitou didengari oleh julien. Aku hanya diam melihat apa yang berlaku.
“miku.. kalau betul-betul tak suka, baik kau tolak sekarang.” Pitou mendekati aku dan mengosok kepala aku sedikit.
“aku.. aku rasa okey je.. demi kedai warisan ibu bapa kitaorang. Kakak dah banyak berkorban.aku kena tolong dia.. “
aku teringat ketika aku masa kecil dulu, ketika aku menangis kakak akan datang menenangkan aku. Dan dia berusaha keras untuk belajar resepi ramen milik keluarga aku bila ibu dan bapa aku meninggal. Dia berusaha untuk meneruskan perniagaan ibu dan bapa.
“sebenarnya aku faham.. kakak tak nak sambung belajar dan berusaha teruskan perniagaan demi merealisasikan impian ibu bapa kitaorang.”
“miku ni memang anak baik. Aku rasa ibu bapa korang mesti gembira dengan usaha korang ni. Aku sokong kau!” pitou masih lagi membelai rambut aku. Julien yang melihat kelihatan tersentak dan terus menarik aku jauh dari pitou.
“hei, pitou! Kau layan miku macam ni kau dah jatuh cinta dekat dia ke?”
“aku.. aku tak berniat jahat. Aku cuma nak beri sokongan morak dekat miku je”
“tak ada sesiapa boleh rampas miku dari aku, faham? Jangan cemarkan dia dengan tangan kau yang kotor tu!” julien merangkul leher aku dari belakang.
“oh~~ miku kesayang..” julien mengosokkan pipinya di rambutku.
“julien, kau memang nak teruskan gurauan entah apa-apa kau tu ke?”
“mamat tu kena reject lagi ke? julien! Lepaskan tangan kau!”
“tepilah miya!”
Ketika miya dan juga julien tengah bergaduh seorang perempuan masuk ke gerai kami.
“eh? Cik, kedai kami sudah tutup la.. boleh datang lain kali?” perempuan tersebut tidak mengedahkan teguran dari miya dan terus mengambil segelas air yang berada berdekatan dan menyibah aku dan juga julien.
“julien!! Jantan tak berhati perut! Rupanya kau tinggalkan aku sebab perempuan ni!” perempuan tersebut kelihatan marah sambil menangis.
“siapa tu?” miya bertanya kepada pitou.
“vir..virginia! apa kau buat dekat sini?”
“aku takkan lepaskan kau perempuan perampas! Cepat bagi tahu aku nama kau!”
Perempuan yang sedang menagis dekat depan aku sekarang ni nama dia virginia. Dia ini bekas girlfriend julien. Diaorang baru je putus.sekarang ni salah faham yang amat serius belaku...
“virginia... tolong lah bertenang sikit..”
“macam mana nak bertenang kalau boyfriend aku ada hubungan dengan perempuan lain, hah? Playboy macam kau tak layak nak suruh aku bertenang!”
“na.. nanti dulu! Kenapa tiba-tiba je panggil aku playboy?”
Nampaknya dia ni salah sangka aku ni kekasih gelap si julien.
“kan aku dah cakap aku minta putus sebab kita tak serasi.”
Tapi bila aku buka rahsia aku ni sebenarnya lelaki. Salah faham macam ni senang je nak diselesaikan.
“aku..” sedang aku baru ingin bersuara, virginia mencampakkan sejumlah wang di hadapan aku.
“aku ni anak orang kaya tau? Aku rasa duit ni cukup banyak untuk kau tutup restoran buruk ni dan buka perniagaan dekat tempat lain! Kau mesti tinggalkan julien sekarang juga!”
“tunggu dulu!! Kau ni memang dah melampau! Jangan ingat kau boleh beli semua orang dengan duit kau tu!” julien mula marah apabila virginia melakukan perkara sebegitu kepada aku.
“walaupun kami ni tak lah sekaya kau, aku takkan kebulur duit kau tu! Lagipun miku dengan julien bukan seperti kau sangkakan!” miya mula masuk campur.
“maksudnya.. aku salah faham ke? Kau.. bukan girlfriend baru julien ker?” kelihatan virginia sedikit malu dan agak tenang berbanding sebelum ini.
“eh! Alamak! betul! miku belum terima aku sebagai boyfriend dia tapi aku dah lama mencintainya dalam diam!” julien terus memeluk aku.
“apa!!!!” virginia dan juga miya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh julien. Pitou pula hanya menyaksikan tanpa berkata apa-apa.
“miku, tolong lah percayakan cinta suci ni..sejak bertemu kau, aku kini faham tujuan aku terus hidup di dunia ni ialah untuk mencintai kau..walaupun kau belum dapat menerima aku, tapi aku akan tetap menunggu. Selain kau, aku tak mampu nak mencintai sesiapa pun.”  Julien membelai wajah dan rambut aku. Kelihatan dia cuba menahan gelaknya.
‘maaf lah, miku.ah...ada penjelasan kenapa aku buat semua ni. Jadi.. tolonglah aku kali ni, please...’ julien berbisik sedikit kepada aku.
“virginia maaflah, inilah puncanya aku minta putus.. aku simpati dekat kau tapi aku harap kau jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan kau satu hari nanti.”
“lelaki keji! Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!” virginia berlalu pergi.
“fuh~~ nasib baik dapat tipu dia.. kalau tak memang masak aku.. terima kasih miku..”
“jangan risau. Dia takkan kerjakan kau tapi aku yang akan belasah kau!” miya dan pitou muncul dari belakang julien dengan wajah yang meyeramkan.
“baik kau ceritakan dari A sampai Z! Walaupun aku tak suka juga perempuan sombong tu, aku nak tahu kenapa korang putus seteruk ini?”
“takkan lah kau dah buat sesuatu dekat dia lepas tu minta putus pula?”
“em! Ada kemungkin juga tu.”
“apa maksud kau?! Aku tak sekeji tu lah! Takkan lah aku nak cemarkan maruah dia!”
“habis tu?”
“sebenarnya kitaorang couple tiga hari je.. korang dah tengok sendiri, kan? Virginia tu dilahirkan dalam keluarga kaya.dari kecil sampailah sekarang, dia Cuma tahu gunakan duit untuk dapatkan apa yang dia nak, termasuklah cinta... tapi malangnya cinta bukan boleh di jual beli..aku rasa macam barang daganan je  bila dengan virginia. Masa kitaorang dating, masa dekat fun fair, dia gunakan duit untuk potong barisan. Dan ketika kitaorang dekat restoran dia gunakan duit untuk dapatkan tempat duduk yang orang lain dah duduk. Ketika aku kerja, dia suruh aku letak jawatan dan dia akan bayar aku dua kali ganda dari gaji aku.Walaupun ketika cakap dengan aku .. dia tak habis-habis cerita pasal duit! Kalau terus bersamanya, aku akan dipandang hina dengan perempuan lain.. sampai aku digelar haiwan kesanyangan virginia tu! Habis imej baik aku.” Julien bercerita sambil menangis.
“kesiannya..”
“tu lah padahnya kalau selalu tukar girlfriend..”
“jadi miku, tolonglah selamatkan aku kali ini.. dia mesti datang lagi dekat sini! Tolonglah jangan dedahkan rahsia kau.. miku, sekarang ni kau seorang je boleh selamatkan aku.. kau sudi tolong aku, kan? Kan?”
Tiga hari kemudian..
“hai! Irrashaimase! Selamat datang ke restoran raku ramen. Sila duduk.. yik!”
“dia datang lah..”
“hoi! Apa kau nak hah? Kau nak ganggu kitaorang berniaga ker?”
“huh! Memang teruk restoran ni! Ini ke cara kau layan pelanggan? Aku datang sebab nak makan la!”
“makan? Biar betul?”
“selamat datang ke restoran raku ramen! Cik nak makan apa?” aku mengambil pesanan.
“suara kau ni kasar macam lelaki. Harap muka je cantik... kau ni memang lah tinggi tapi bagi perempuan. Saiz macam ni tak kena lah. Bentuk badan pun sekeping je! Aku tak boleh faham macam mana julien boleh terpikat dekat kau!
“cik nak makan apa”
“sukahati kau lah nak order apa. Bagi aku, makanan dekat restoran lembab macam ni semuanya sama saja.”
“siap! Silakan nikmati ramen spesial kami!” virginia memandang pelik makanan yang aku hidangkan.
‘tak pernah makan makanan macam ni’ virginia berkata-kata di dalam mindanya.
“PANASNYA!!! Ini mi apa? Kau sengaja nak mainkan aku ke?”
“siapa mainkan siapa sekarang ni? Ramen memang lah macam tu. Kau ni sengaja nak buat kacau je kan!” miya mula marah.
“berani kau marah aku!”
“hahaha... agaknya cik ni tak pernah makan ramen. Orang macam cik ni mana sesuai makan dekat sini” salah seorang pelangan kami menegur. Virginia tersentak.
“penyibuk! Aku yang bayar suka hati aku lah nak makan dekat mana! Service korang ni memang teruk! Aku janji akan buat aduan pasal korang ni! Esok korang baca je lah laporan dalam surat khabar! Baik korang menyesal sekarang sebab layan aku macam ni punya teruk!” virginia berlalu pergi tapi tidak di sangka dia terjatuh.
“ah! Aduh! Sakitnya kaki aku. Apasal ada kicap tumpah atas lantai pulak ni!”
“kau okay ke? Biar aku tolong” aku mehulurkan tangan untuk menolongnya tapi di tepis oleh virginia dengan kasar.
“jangan pegang aku! Ni semua gara-gara kecuaian korang! Korang mesti bertanggungjawap atas semua ni!”
Miya membawa virginia masuk ke bilik ku dan menukarkan bajunya dengan baju kami dan virginia menelefon doktor peribadinya. Apabila doktor pulang Miya menarik aku masuk ke dalam biliknya.
“ni semua akak punya pasal. Kalau akak tak suruh miku menyamar jadi pelayan perempuan, mesti...”
“tak ada siapa pun salah... miku sendiri yang setuju buat macam ni demi kedai kita..”
“tapi akak tetap rasa...”
“kak miya, kedai ni penuh dengan kenangan kita sekeluarga. Miku faham, akak lakukan semua ini demi melindungi kenangan yang tak ternilai tu. Percaya lah.. kita dapat atasi semua ni.. walau apa pun, miku tetap percaya dengan akak.” Aku merapatkan dahi aku dengan dahi miya.
“betul tu! Apa yang penting kita kena selamatkan kedai ni! Bukan masanya untuk mengaku kalah sekarang..”
Hanya dengan kenangan ni dan juga magic yang mama ajar boleh melegakan segala kerisauan tu.. barulah kita boleh bangkit dari kesedihan dan teruskan hidup dengan penuh semangat.
“kita tak boleh putus asa bergitu sahaja.” Miya menyambung katanya.
“LAMBAT!! Mana kau pergi ha?! Suruh ambil air panas sikit pun berejam!” kedengaran suara virginia dari dalam bilik.
“kak miya, miku pergi dulu..”
“tak apa ke miku seorang saja dekat sini?”
“em! Miku akan cuba selesaikan masalah ni. Tapi maaf kak, miku perlukan masa sikit lagi.”
“apasal miku pula yang minta maaf? Ini semua julien punya hal. Akak akan buat perhitungan dengan dia nanti!” miya berlalu ke depan semula dan aku berlalu ke dapur mengambil air panas yang diminta oleh virginia.
“aku nak masuk ni.. air panas dah sedia.” Aku membuka pintu bilik dimana virginia di tempatkan.
“doktor cakap aku tak boleh mandi sebab kaki aku ni berbalut. Kau faham tak susahnya bagi gadis yang pentingkan kebersihan macam aku ni?”
“ya. Aku faham. Aku dah sediakan air panas supaya kau boleh lap badan kau tu. Silakan..”
“ni je ke? Kau nak tinggalkan aku seorang-seorang dekat sini?! Aku ni kurang upaya tau”
“habis? Kau nak suruh aku buat apa?”
“kau kena buatkan untuk aku. Aku tak pernah lap badan aku sendiri sebab ini kan kerja orang suruhan. Kau tak nak ke? Kau kena ingat, sebab kau lah aku jadi macam ni. Kau kena jadi orang suruhan aku sampai aku sembuh.”
‘masalahnya cik puan aku ni lelaki.’ Aku Cuma mampu berkata di dalam hati.
“okey, tapi aku harap kau tak menyesal dengan keputusan kau. Suhu air cukup panas tak?” aku mula mengelap tangan virginia.
“em.. bila tengok betul-betul cantik juga kau ni. Macam ada darah kacukan.. kau ni asal mana sebenarnya?”
“ayah aku orang jepun, mak aku orang perancis. Ayah aku datang belajar dekat sini dan terus tinggal dekat sini.”
“tapi nak kata cantik, kau ni lebih kepada kacak kot” aku tersentak.
“aku dah siap lap kaki dengan tangan kau. Aku keluar dulu”
“hei! Tunggu kejap aku boleh lap badan aku sendiri... tapi... aku tak boleh lap belakang badan aku dan aku tak reti nak buka baju yang kakak kau pakaikan ni.” Virginia kelihatan cuba membuka kimono yang miya pakaikan.
“aku rasa memang tak kena buat macam tu.. aku panggil kakak aku lapkan kau.”
“tak nak! Kau nak buatkan aku tunggu sampai kakak kau datang?! Lagipun orang suruhan aku kau, bukan kakak kau!”
“tapi.. aku takut kau menyesal pulak nanti..”
“jangan merepek! Buat je apa aku suruh!”
“jangan cuba bagi kerja kau dekat orang lain! Selagi aku ada dekat sini kau kena ikut arahan aku faham!”
‘apalah agaknya reaksi perempuan ni bila tau identiti sebenar aku.. masak lah aku lepas ni.’

Keesokan harinya..
“ kak miya! Belum siap lagi ke?”
“yasai ramen belum siap lagi! Lina, kau hantarkan udon dekat meja lapan dulu. Ren, kau tunggu kejap lagi. Miku dah siap ke kupas kentang tu?” miya memandang ke arah aku.
“miku, kenapa pelik semacam ni? Apasal muka tu pucat sangat? Temenung pulak tu.. miku tak sihat ke?”
“ah kak miya.. tak ada lah, miku Cuma tak cukup tidur je.”
“ tak cukup tidur? Takkan lah ni semua angkara si sombong virginia tu? Sekali pandang je akak dah tau dia jenis suka membuli orang! Dia ada pukul miku ke?”
“bukan macam tu lah.”
Memang semua ni angkara si virginia.
Semalam..
“aku dah siapkan semuanya, silalah berehat.”
“nanti! Siapa beri kebenaran kau keluar ha? Aku nak tidur sekarang! Kau kena teman aku tidur dekat sini.”
“ kau ni... maaf.. aku tak boleh ikut permintaan kau..”
“ni bukan permintaan! Ni satu arahan! Kau wajib buat apa yang aku suruh.”
“kau ni dah melampau! Aku tak akan ikut arahan kau secara semberono je”
“jangan! Kau tak boleh keluar!” virginia menarik baju aku.
“cukuplah! Tak puas ke kau nak mainkan aku lagi?”
“bu.. bukan macam tu, aku Cuma tak berani tidur seorang. Boleh tak kau teman kan aku sekejap.”
Kalau tengok dari sudut lain pun. Ianya tak ada beza dari mendera.
‘sebab dia lah aku tak berani tidur sepanjang malam’
“miku pergi lah rehat sekejap.. sekarang ni pun tak ramai pelanggan..” miya memberi aku kebenaran untuk berehat sekejap dan aku pun berlalu untuk masuk ke bilik miya.
“apa ni? Album gambar? Ganjil betul bilik miku ni. Tak macam bilik perempuan langsung!  Rugi je aku pura-pura buat kaki terseliuh.. terpaksa tinggal seorang dekat bilik kosong ni..” virginia mula selongkar bilik aku.
“eh! Miku apa dia buat dekat sini? Patutnya sekarangkan dia tengah sibuk dekat restoran? Nasib baik awal-awal aku dah pesan dekat dia jangan kacau aku dekat dalam bilik kalau tak rosak rancangan aku nak menyiasat dia! Apa je dia nak buat dekat bilik sebelah tu?” virginia mula memandang album gambar semula.
“eh, ni miku masa kecil ke? Memang lah comel tapi nampak macam budak lelaki je.. dekat sebelah ni julien ke? Rupanya diaorang ni rakan sepermainan, tak sangka dah lama julien simpan perasaan pada miku.. tak patut! Dengan miku macam lelaki budiman dengan aku dia layan macam sampah! Benci! Benci! Lelaki tak berhati perut!” sedang virginia bermonolog sendiri kedengaran ada seseorang masuk ke dalam bilik sebelah.
“cis! Apasal banyak sangat makluk masuk ke dalam bilik tu. Ada parti ke apa dekat dalam tu? Eh apasal ada lelaki pula dekat sini? Macam pernah jumpa je dia ni.. apa diaorang buat dalam bilik tu? Takkan lah diaorang..” virginia mula terbayangkan yang miku sedang bermesra dengan lelaki tersebut.
“agaknya inilah rahsia besar si miku.. kalau aku dedahkan dekat julien.. mestilah julien akan kembali dekat aku..” virginia mula mengedap ke dalam bilik sebelah.
“eh, tak nampak miku pun? Senyap je..” virginia mula mendekati aku yang sedang lena tidur.
“eh, mamat ni.. bukan ke dia orang bisu yang aku jumpa sebelum ni? Kenapa dia boleh ada dekat sini pula.” Virginia semakin rapat dengan aku dan aku yang sedang lena terpeluk virginia tanpa sedar.
“ap..apasal tertiba je..” virginia kelihatan amat terkejut.
“de..dekatnya muka dia dengan aku..” muka virginia mula memerah.
“aku tak perasan pun masa hari tu tahi lalatnya sama dengan miku. Eh, bukan sama tapi...” virginia mengeluarkan gambar yang diambil dari album aku.
“AKU DAH TAHU! KAU DENGAN MIKU NI SEBENARNYA ORANG YANG SAMA! KAU SEBENARNYA LELAKI!!” jeritan virginia mengejutkan aku dari tidur.
“Wah! Kenapa ni?”
“jangan dekati aku miang!!” virginia membalingkan barang-barang ke arah aku.
“nanti! Macam mana kau boleh muncul dekat sini? Bukan ke kaki kau terseliuh? Bertenang dulu!” aku cuba menghentikan amukan virginia.
“diam! kau ni penipu besar! Aku mesti laporkan kepada polis!!”
“ikut suka kau lah nak lapor kepada polis ke.. perdana menteri ke.. aku tak kisah! Tapi sekarang boleh tak kau diam!!” aku mengengam tangan virginia. Virginia mula terdiam.
“ha..! baru lah diam sikit.”
“kau.. kau mamat yang aku jumpa hari tu kan? Kau bukan bisu? Kau miku kan?”
“alamak! Terlupa pula”
“miku ni lelaki?”
“virginia dengar penjelasan aku dulu..”
“miku, kau okay ke? Apa dah jadi ni?” julien, patio dan juga miya muncul dari pintu bilik.
“eh!!! Apa.. apa korang berdua buat dekat sini?”
“julien! Semuanya telah terbongkar. Kau kena selesaikan masalah kau dengan dia ni sendiri.”
“miku pembohong! Dulu kau janji nak tolong aku, sekarang bila semuanya terbongkar kau nak lepaskan semuanya dekat aku..”
“kenapa? Ni kan masalah kau?”
“julien! Kenapa kau nak buat macam tu?”
“ma..maafkan aku virginia.. aku memang tak dapat bersama kau lagi. Virginia aku bukan sengaja nak tipu kau. Aku tahu semua ni akan buat kau terluka, tapi..”
“sampai  hati kau julien! Sanggup kau layan aku macam ni..” julien Cuba untuk menenangkan virginia.
“jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu! Aku paling benci manusia songsang macam kau!”
“apa!” julien terkejut. Manakala miya ketawa geli hati mendengar dawaan virginia terhadapa julien.
“baik korang semua ketepi!” virginia terus berlari keluar.
“eh, bukan ke kaki dia terseliuh semalam? Ni semua salah mamat lembab tu” kelihatan miya marah dengan julien.
“takkan la.. dia tuduh aku bernaluri songsang. Kenapa dia boleh salah faham sampai macam ni pulak? Lepas ni mesti virginia akan sebarkan dekat kawan-kawan dia semua pasal berita palsu ni. Habislah imej aku di kalangan perempuan.” Julien seakan berkata-kata sendiri masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh virginia.
“sampai bila kau nak terkumat-kamit ni? Ni semua salah kau tau tak?!”
Aku hanya mampu mengeluh dan aku berlari keluar mengejar virginia.
“nanti dulu, virginia!”
“kenapa kau ikut aku? Tak payah lah kau pura-pura ambil berat pasal aku.”
“tak.. aku sebenarnya nak minta maaf pasal semalam.”
“arghhh!!! Lembabnya aku ni sampai tak perasan yang kau ni lelaki! Teruknya aku ni! Kau ni memang lah! Kenapa kau tak membantah masa aku suruh kau lapkan badan aku!”
“aku dah bantah tapi kau yang tak terima.” Virginia menarik baju aku.
“kau ni memang tak tahu jaga maruah perempuan! Kau cuba nak ambil kesempatan ye? Cakap!!! Macam mana kau nak tebus dosa kau tu?”
“aku tak ada ambil kesempatan pun... masa tu aku dah tutup mata... lagipun, aku dah pastikan tangan aku langsung tak sentuh tubuh kau.. jadi bukannya luak pun..”
“arghh!!! Ni bukan maksud aku! Jadi kau nak tolak semua kesalahan dekat aku lah ni? Tak kisahlah kau ada niat tak elok ataupun tak! Sekarang aku nak bagi amaran dekat kau. Kalau kau berani bocorkan cerita dekat orang lain pasal semalam tu... aku janji aku akan sembelih kau lepas tu buat sup!! Kau takkan pergi dengan aman!” virginia melepaskan leher aku dan mula berlari pergi.
“kau ingat amaran aku baik-baik! Lepas ni jangan muncul depan aku lagi...” virginia mula berlalu pergi.
“kejap, aku belum..” virginia datang kembali kepada aku.
“apa kau nak cakap lagi ha! Aku tengah cuba lupakan segalanya tapi kau sengaja nak ingatkan aku semula ye?”
“kau ni tak boleh bertenang sikit ke? Aku Cuma nak tegaskan walaupun kau tak percaya... aku dengan julien bukan songsang!” virginia mula menangis.
“aku tahu.. dia Cuma gunakan kau sebagai alasan untuk kami berpisah.. aku ni memang teruk sangat sampai boyfriend aku berusaha bersungguh-sungguh untuk putuskan hubungan dengan aku! Padanya aku ni lebih teruk dari seorang penyamar perempuan.”
Aku terus melekatkan dahi virginia dengan dahi aku.
‘apa dia buat ni?’
“janganlah risau.. kau mungkin gagal sekarang, tapi cinta sejati milik kau pasti akan muncul juga nanti. Suatu hari nanti jejaka idaman kau akan muncul di hadapan kau. Masa tu kau kena berusaha dengan sepenuh hati supaya cinta tu tak akan terlepas lagi.” Virginia mejauhkan dirinya dari aku.
“tapi macam mana aku nak tau siapa cinta sejati aku.”
“bila kau terpandang akan rupanya, jantung kau akan berdegup kencang. Mata kau terasa tak sanggup untuk memandang ke arah lain... bila kau alami perasaan macam ni.. maknanya itulah cinta sejati kau.”
‘mengarut je semua ni! Aku baru je putus cinta tapi mengapa aku sekarang tengah rasakan apa yang dia katakan ni? Alamak!!! Adakah ini maksudnya... AKU DAH JATUH CINTA DENGAN DIA?!’ hati virginia berkata sendiri.








Act 2


Tak kira walau ke mana aku pergi, aku mesti akan menarik perhatian orang ramai..
“cik virginia, kita dah sampai dekat restoran raku ramen. Silakan turun... selamat jalan cik virginia.”
Cuma ada satu tujuan je bagi gadis jelita dan trampil macam aku ni untuk datang ke tempat buruk macam ni..
“selamat datang ke restoran raku ramen! Silakan duduk!”
“kau lagi?! Buat apa kau datang lagi? Sejak minggu lepas dah setiap hari kau datang ke sini tau tak? Nak cari pasal lagi ke?” miya marahkan aku.
“patutlah kedai buruk ni bakal gulung tikar! Cara korang layan pelanggan memang teruk habis!”
“orang yang datang dengan niat tak elok tak layak jadi pelanggan aku!”
“sedap mulut kau mengata! Kau tu kutuk aku atau diri kau sendiri?” aku dan miya mula bergaduh.
“jangan marah, kak miya.. biar aku layan cik virginia. Selamat datang, silakan duduk dekat sini..”
Miku muncul! Dia lah tujuan sebenar aku ke sini setiap hari!
“cik nak makan apa hari ni?”
“emm.. biar aku tengok menu dulu..”
Aku ke sini semata-mata nak memastikan perasaan aku sendiri. Entah kenapa, bila berhadapan dengan miku, jantung aku berdegup kencang sampaikan aku tak mampu bernafas..seperti kejadian hari tu.. aku tak sangka pun dia mempu buat ekspresi wajah sebegitu rupa. Sejak hari tu, aku tak dapat nak tahan diri aku dari berjumpa dengan dia setiap hari.. aku ingin lihat semua eksperesi wajahnya yang dia sorokkan dari orang lain!
“aku nak.. cha-shu ramen.”
“nak makan ramen? Bukan ke kau tak suka makanan panas? kak miya! Cha-shu ramen satu! Sila tunggu sekejap”
Aku tak pasti sama ada ini cinta atau tak, tapi aku tak boleh biarkan miku tau tentang perasaan aku ni. Sebab sebelum ni aku gilakan sangat si julien sampai aku sanggup bergaduh dengan miku. Kalau la rahsia aku terbongkar sekarang.. pasti orang akan tuduh aku ni perempuan tak tetap pendirian.
“silakan cik. Cik virginia, kau masih tak nak lepaskan semua hal ni ke? Rasanya dah cukup jelas aku ni bukan persaing cinta kau..”
Tambahan pula , miku masih sangkakan yang aku datang ke sini setiap hari sebab rindukan julien.
“selagi julien tak terima aku semula. Aku akan tetap ke sini setiap hari!” aku membuka bungkusan chopstick dan mula memegang mangkuk di hadapan aku.
“eh? Apa ni? Sejuknya mangkuk kecil ni! Buat apa kau berikan aku mangkuk ni?”
“ah! Kau dah terperasan ada mangkuk tu kan? Aku tau kau takut panas, jadi aku dah sejukkan mangkuk ni dalam peti sejuk semalaman. Mula sekali, kau ambil sedikit ramen lepas tu letakkan dalam mangkuk kecil tu.mangkuk kecil ni boleh turunkan suhu ramen tapi rasanya takkan terjejas.”
“wahh!!! Sedapnya ramen ni! Sebelum ni aku tak dapat nak nikmati keenakkannya sebab panas sangat!”
“sedapkan? Aku selalu perhatikan, kau memang ada masalah nak makan makanan panas. Jadi aku fikir lebih baik aku buat hidangan khas ni untuk kau.. supaya kau boleh makan dengan lebih senang. Betul tak?”
Demi aku?
“kau sambung lah kerja tu! Aku boleh makan sendiri..”
“miku~ tolong berikan kitaorang ramen daging... laparnya! Yik!! Vir..virginia? kenapa kau muncul lagi? Apa kau nak hah?” julian dan juga pitou muncul di restoran tersebut.
“ini semua sebab kau lah!”
“bertenang! Meh duduk dekat sini!”
“tadi korang pesan ramen daging kan?”
“miku sayang... maaflah miku! Sebab aku, kau terpaksa layan si virginia tu setiap hari! Dia ada buli kau tak?” julien memeluk tubuh miku.
“miku, ada apa-apa kitaorang boleh tolong?” pitou menyiku kepala julien.
“takpe lah, sebenarnya virginia datang ni bukan untuk cari pasal. Jadi aku rasa dia Cuma datang sebagai pelanggan je. Walaupun sebelum ni dia salah anggap aku ni pesaing cintanya, tapi sekarang kan dia dah tau perkara sebenar. Mungkin dia nak berjumpa dengan julien, jadi sebab tu la dia datang ke sini setiap hari.”
“apa? Tak mungkin la! Kalau aku penyebab, mesti lah hal ni dah lama diselesaikan.. dia dah faham yang hubungan kitaorang dah tamat! aku rasa mesti ada sebab misteri..”
“apa sebabnya?”
“entah lah.. mungkin sebab ramen dekat sini memang sedap dan itu yang menarik virginia ke sini.?
“itu pun kira misteri ke?”
Aku dah dengar semuanya.
“ah! Aku dah tau! Ada kemungkinan besar yang virginia tu sebenarnya dah jatuh cinta pada mi..”
“J.U.L.I.E.N!!! akhirnya dapat juga aku jumpa dengan kau!”
“wah!! Hantu!!”
Aku tak boleh biarkan mamat ni rosakkan rancangan aku.
“aku datang setiap hari ni sebab aku rasa rupa miku yang bersolek ni ialah rupa gadis idaman julien! Aku nak belajar dengan miku, jadi boleh lah aku ubah penampilan dan tawan hati julien semula..”
Wah!! Aku pun tak tau apa yang aku cakap ni! Tapi aku tetap tak boleh biarkan sesiapa tahu perasaan aku pada miku.
“benarkan aku kerja dekat sini! Mungkin itu boleh buka hati julien kalau dia nampak aku berkerja dekat sini.”
“tak boleh!” miya bersuara keras.
“kenapa? Aku janji akan kerja bersungguh-sungguh.. aku takkan minta gaji pun! Aku hanya akan kerja sampai julien terima aku semula. Tapi kalau julien tetap tak nak terima aku, aku akan pergi dari sini.”
“kalau macam tu, baik aku bagitau kau jawapan aku sekarang jugak! Aku tak suka- wahhh!!!!” aku menerkam julien.
“julien.. baik kau fikir baik-baik sebelum berikan jawapan. Kalau aku tak suka dengar jawapan kau tu... aku berjanji akan dedahkan pada semua perempuan dalam dunia ni yang julien ialah lelaki songsang!”
“urr.. miku, aku rasa virginia memang ikhlas nak jadi girlfriend aku. Tolong lah bagi dia satu lagi peluang.. aku.. aku kena pertimbangkan betul-betul kali ni.”
“nanti! Aku tak setuju! Ini masalah peribadi korang berdua, apa kene mengena dengan kedai aku? Korang nak main cinta ke, itu korang punya pasal! Tapi jangan babitkan...”
“sudah lah tu. Biar la dia cuba dulu dekat sini. Miku akan bertanggungjawap untuk menjaganya.”
“eh.. kalau miku dah cakap macam tu, akak pun setuju gak lah..”
“tapi kalau kau cuba buat kacau, aku janji aku sendiri akan campak kau keluar!”
“baik! Terima kasih banyak-banyak!”
“virginia, semoga berjaya.” Miku ucapakan aku semoga berjaya. Aku hanya mampu terpaku.
“meh kita pergi cuba uniform kerja dulu..”
Tidak lama kemudian.
“siap pun..”
“macam mana? Agak-agak kau tertawan tak?”
Wahh!!! Cantiknya... kenapa aku tak terfikir pun sebelum ni? Kalau miku buat rambut macam ni juga mesti cantik kan.?” Julien mula merapu kembali. Miya terus menduku kepala julien.
“warghhh!!! Aku bergurau je! Tolong jangan pukul aku!”
“tak kisah lah macam mana pun, jangan timbukan masalah bagi aku. Faham?!” miya menegaskan kembali perkara tersebut.
Walaupun sekarang aku dapat jumpa miku setiap hari tapi aku tak pernah buat kerja macam ni. Pedulikan semua tu! Demi cinta baru aku. Aku akan berjuang!
“miku~..”
“sakit ke ? meh sayang..” miku mengosok-gosok kepala julien yang berbenjol.
Walaupun aku tahu kerja tu sukar tapi ini lebih teruk daripada jangkaan aku.
“yasai ramen dah siap! Tolong hantarkan untuk meja no.3! woi virginia! Kau tak dengar ke aku cakap ni? Cepat hantarkan ramen ni!”
“baik!”
Aku takut panas.. baru setakat lap meja tapi tangan aku dah jadi merah-merah dan sakit.. macam mana aku nak angkat mangkuk panas ni?
“ADUH!! PANASNYA!!”
“virginia! Apa kau buat dekat situ? Ramen tu dah nak tumpah tau tak?”
“bahaya betul tadi..”
“kak miya, biar aku tolong hantarkan ramen ni.. biar aku tolong angkatkan. Jangan berdiri dekat situ je.. cepat sejukkan tangan kau dengan air paip. “ miku berlalu membawa ramen untuk pelanggan.
“maaf sebab lama menunggu! Ni yasai ramen yang cik pesan tadi.”
Miku... dia ambil berat pasal aku.
“selamat datang...”
“hai, miku!”
“Apalah budak sombong tu? Langsung tak pedulikan aku!”
“eh, amy..”
“wah! Cantiknya..”
“wei! Siapa budak sombong tu? Macam rapat je dengan miku..” aku bertanya kepada ren.
“oh.. dia tu amy. Dia dah lama tinggal dekat kawasan ni. Sejak kecil lagi dia selalu datang cari miku. Sebab amy tak ada abang dan dia anggap miku tu macam anangnya sendiri.
Huh! Takkan lah abang dan adik semesra tu.
“tepi aku nak hantar minuman ni!” aku sengaja meletak cawan dengan kuat supaya baju si amy basah.
“apa.. kau ni memang sengaja nak basahkan uniform sekolah aku kan? Apa sikap kau ni?”
“minta maaf, amy! Aku tolong lapkan...”
“wah! Abang miku..”
“jangan nak berpura-pura lagi! Kau ambil je duit aku ni! Duit ni cukup untuk beli kain uniform yang lagi bermutu dari kain guni yang kau pakai sekarang! Berambus sekarang juga!”
“kau.. kau ni gila! Jom kita balik! Aku takkan datang lagi ke restoran buruk macam ni!”
“hei! Nanti, jangan pergi!! Kenapa jadi macam ni? Virginia!! Apa kau dah buat dekat diaorang tadi?! Kau ni nak jadi pelayan ke atau nak tolong halau semua pelanggan kita!!”
“ap..apasal nak marah sangat? Itu kacang je.. aku akan gantikan kerugian korang.. nak berapa?”
Miku yang dari tadi senyap menarik tangan aku.
“mungkin wang ni punca keyakinan kau, tapi aku nak kau faham.. tak kira berapa banyak pun wang kita ada, ia tak kan dapat gantikan kepercayaan orang lain pada kita.”
Aku dapat melihat lagi ekspresi barunya di hadapanku.
“maruah seseorang manusia tu bukan terletak pada harta benda. Cuma orang tak reti bahasa je yang  tak faham teori ni! Nampaknya kerja dekat sini tak sesuai langsung dengan kau, cik virginia! baik kau balik je la.”
Tapi kali ni jantung aku langsung tak berdebar-debar. Sebaliknya badan aku tiba-tiba jadi kaku sampaikan langsung tak boleh bergerak.
“selamat pulang, cik virginia. Makan malam dah tersedia. Cik virginia, hari ni ada mesej dari tuan.. tuan dan puan maklumkan yang mereka tak sempat nak pulang ke rumah hujung bulan ni. Walaupun dah dua bulan tak berjumpa, mereka sangat rindukan cik.jadi mereka harap cik boleh faham keadaan mereka yang sibuk bekerja. Duit poket cik pun dah dipindahkan dalam akaun cik..”
“sudah!! Suka hati korang la nak buat apa-apa pun! Keluar semua dari bilik aku! Aku tak nak jumpa sesiapa pun!”
“cik..”
Aku terus menagis di katilku. Kenapa semua orang nak tinggalkan aku.. kenapa semua orang bencikan aku? Cuma wang lah satu-satunya kelebihan aku..

“okey! Tak nampak target! Jom masuk! Safe! Kena berhati-hati, nanti mungkin target akan tertarik dengan suara aku.. sikit lagi je.. dah nak sampai ke sasaran..”
“kau nak bercosplay pencuri ke hari ni? Nak aku heret kau pergi balai polis?”
“wah! Jangan! Aku tak bersalah! Siapa cakap aku ni takut kalau bertembung dengan virginia dan sebab tu lah aku pakai macam ni?”
“kau sendiri yang cakap”
“dia menyorok dari virginia sebab takut kena marah lagi..”
“oh~”
“target masih belum kelihatan..”
“kau tak perlu bimbang! Kau takkan dapat jumpa virginia dekat sini dah buat selamanya.”
“yik! Kenapa pulak? Akhirnya dia dah putus asa ke?”
“kalau nak tahu lebih lanjut, kau kena lah tanya miku sebab dia yang halau virginia keluar semalam.
“wahh!!! Apasal ada miasma(aura buruk) berkumpul dekat sana?”
“bahaya!!!”
“alamak!!! Miku dah terjerumus dalam miasma yang dahsyat tu!”
“siapa mamat tu? Ni bukan miku yang kitaorang kenal!” julien menangis ketakutan.
“miku?”
‘pasal semalam tu.. aku dah melampau sangat ke? Walaupun memang betul virginia berkasar dengan pelanggan, tapi bila ternampak wajahnya yang hampir menangis tu aku pulak yang rasa serba salah.’
“miku dalam bahaya! Kita kena pergi selamatkan dia! Urgh!!! Miku, kau tak payah salahkan diri sendiri! Aku dah dengar semuanya dari miya. memang virginia yang salah! Dia langsung tak tahu hormati orang lain! Miku, kau jangan sedih!biar aku temankan kau buat selama-lamanya. Jangan pedulikan virginia tu lagi!” julien memeluk miku.
“woi! Kau layak ke nak cakap macam tu? Sebenarnya layan virginia tu kerja kau kan?”
“ada aku kisah? Virginia dengan aku dah jadi sejarah, faham? Dia dah tak ada kaitan dengan aku lagi! Lagipun orang kaya macam virginia tu datang sini jadi pelayan olok-olok je! Halau dia keluar pun tak de masalah la! Dia pergi memang bukan sebab miku..”
‘dia tak biasa dengan kerja kasar.. jadi tangannya dah merah dan luka-luka. Tapi dia masih tetap teruskan kerja.. macam ni ke kalau dia sekadar nak berolok-olok?’
“cik virginia? Kenapa kaku je? Dah sampai giliran cik ni!”
“dah lah! Aku tak nak main lagi?”
“eh? Apasal? Kita kan baru je mula main?”
“lagi dua kad, boleh lah menang ni..” aku bermain kad dengan beberapa maid di rumah ku. Entah kenapa aku berasa kosong sejak aku berhenti kerja di restoran raku ramen.
“cik virginia ni asyik termenung je sejak balik semalam.. ada apa-apa terjadi ke?” aku hanya mampu menghelakan nafas yang panjang.
“ah! Aduh..” aku terasa sakit di tangan ku apabila aku ingin mengangkat cawan coffeku.
“apasal tangan cik luka macam ni? Biar saya tengok kan..”
“saya memang cuai! Maafkan saya, cik... jari-jari semua dah merah dan bengkak... tak perasan punn..”
Ding dong!
“Rasanya ada tetamu datang.. biar saya bukakan pintu.”
Aku sendiri dah terlupa pasal sakit kat tangan aku sebab sakit dekat hati ni lebih dalam dari luka fizikalku.
“cik virginia!! Tengok lah siapa yang datang ni”
Takkan lah...
“tengok! Tuan albert dah datang untuk jumpa cik!”
“selamat pagi... harap awak sukakan bunga ni. Saya habiskan masa lama tau pilih bunga yang terbaik dekat kedai bunga tadi..”
Aku memang tak guna..
“cantiknya.. terima kasih..”
Tak mungkin miku akan muncul dekat sini.. dia bukannya tahu alamat rumah aku.
“biar saya ambil bunga ni.”
“sila duduk tuan albert.”
“saya datang ni sebab nak minta maaf sebab dah berkasar dengan awak hari tu.”
Lagipun, miku dah bencikan aku sekarang..
“tapi sebagai boyfriend awak,saya bertanggungjawap untuk lindungi awak.. saya harap lepas ni awak jauhkan je lah diri awak dari golongan kasta rendah tu. Saya langsung tak boleh terima bila awak anggap orang macam tu sebagai boyfriend atau kawan! Diaorang memang tak setarap dengan status awak, virginia!”
Bagaikan halilintar memecah gegedang telinga aku. Aku terus bangun dari duduk ku dan menepuk meja.
“tutup mulut kau! Kau ingat kau ni bijak sangat ke? Asyik pandang rendah dekat orang lain! Kau ni memang lelaki paling keji aku pernah jumpa seumur hidup aku! Tak tau nak hormat orang lain, lembap tapi perasan bijak! Kau ni la sampah masyarakat sebenar yang Cuma tahu habiskan duit ibu bapa kau je! Keluar dari rumah aku sekarang! Jangan bagi aku nampak muka kau lagi!”
“kenapa awak bercakap macam samseng..” albert menarik tangan aku.
“jangan sentuh aku!”
“nanti! Saya ni kan boyfriend awak..”
“kita ni Cuma ada hubungan sebab ibu bapa kita! Aku langsung tak suka kau!”
“berani awak tolak saya sebab lelaki yang miskin dan berstatus rendah tu..”
“walaupun dia miskin, tapi dia lebih kuat dari kau!!! Lelaki hampeh yang hanya tahu menurut perintah ibu bapa!!” aku tertolak albert sampai dia terjatuh.
“wah!! Tuan albert!”
“berani awak hina saya! Saya akan adukan pada ibu bapa saya lepas ni! Awak akan menyesal satu hari nanti!” albert terus berpusing dan ingin berlalu pergi.
“siapa yang halang laluan aku ni?! Kau rupanya...!” albert kelihatan terkejut.
“eh? Siapa kau ni?  Siapa benarkan kau masuk?”
“maaf.. ah.. aku nampak pintu tu tak tertutup. Aku cuba panggil tapi tak ada orang jawab.. jadi aku masuk sendiri..”
Miku...?!
“oppss!! Saya terlupa tutup pagar tadi.”
“miku... kenapa kau datang ke sini?”
“tak guna! Aku takkan lepaskan korang!” albert berlalu dengan perasaan marahnya. Aku pula terkejut dengan kemunculan miku.
“aku datang sebab nak jumpa kau, virginia. Ni ubat untuk luka dekat tangan kau tu.. sakit lagi ke?”
Alamak! Kenapa si miku ni tiba-tiba je muncul? Dah lah rambut aku tak terurus, pakaian pun biasa je.. memang nampak tak molek!
“biar aku tolong sapukan ubat ni dekat tangan kau... aku rasa kau pun tak pernah jumpa ubat macam ni.. meh tangan.” Miku mengambil tangan aku dan mula menyapu ubat.
“eh! takyah lah.. aku boleh sapu sendiri..”
“teruk jugak lukanya.. jangan bimbang luka macam ni takkan kekal lama..”
Miku ni.. dia tetap layan aku dengan baik.. wah~~ lebatnya bulu mata miku ni... alamak! Dah terlebih ni!
“minta maaf, virginia.. aku tahu aku dah melampaui batas semalam.. aku tak sepatutnya marah dan halau kau keluar macam tu je. Aku tahu kau dah berusaha bersungguh-sungguh sampai terluka tangan sendiri..tapi aku pulak dah sakitkan hati kau..”
Alamak! Aku dah terenung muka miku lama sangat lagi! Apa dah jadi dengan aku ni!
“virginia? Kau rasa tak selesa ke? Dari tadi muka kau asyik nampak merah je..”
“wahh!! Tolong jangan dekati aku! Miku, sebenarnya kau tak perlu minta maaf!! Aku tahu sikap buruk aku ni dah bawa banyak masalah pada korang!sejak kecil lagi aku dah tinggal dekat sini. Ibu bapa aku ialah pengerusi dan naib pengerusi sebuah syarikat besar. Setiap hari, diaorang sibuk sangat dengan kerja sampaikan jarang balik ke rumah. Satu-satunya perkara yang diaorang ada untuk lindungi aku ialah wang. Masa aku msih kecil, memang lah aku gembira sebab aku mampu beli apa saja yang aku idamkan tapi lama kelamaan aku dah faham.. wang sebanyak mana pun masih tak mampu nak ubati kesunyian aku.. jadi aku dah biasa gunakan wang untuk dapatkan apa saja.. termasuk lah membeli cinta. Lepas aku berjumpa dengan korang, aku dah faham dimana kekurangan aku. Kemesraan antara korang tu buatkan aku cembura sangat. Walaupun aku kaya wang, tapi aku miskin teman. Aku memang tau, wang tak dapat beli segalanya.. tapi.. aku tak tau apa lagi yang mampu aku lakukan.. jadi semalam aku dah terbuat perkara yang tak elok tu lagi.. em.. tangan aku dah okey.. aku janji, aku takkan muncul dan buat kacau dekat kedai korang lagi.”
Jadi di sini saja hubungan kita..
“kalau kau gembira bekerja dekat kedai kami.. apa kata kau datang semula bekerja?”
“eh...?!”
Apa!!!
Miku bawa aku ke restoran raku ramen kembali...
“datang semula?!”
“apa dah jadi ni? Kenapa jadi macam ni pulak?”
“jangan risau! Virginia dah insaf.. sekarang dia dah jadi kawan kita.”
“maaf sebab susahkan korang sebelum ni..”
“siapa ni? Virginia yang aku kenal takkan minta maaf! Aku nak pengsan..”
“miku, kau dah fikir masak-masak ke tentang keputusan kau ni?”
“em! Demi percintaannya, virginia akan berusaha bersungguh-sungguh bekerja.. betul tak?”
“em!”
“demi percintaan?! Itu kan dah tamat? Dah bermula semula ke?” julien kelihatan amat terkejut melihat aku kembali semula bekerja di restoran raku ramen.
Kerana mikulah aku boleh bekerja semula dekat sini! Kehidupan aku dah tak sebosan dulu dan boleh lah aku jumpa miku setiap hari..
“miya, dua mangkuk ramen!”
“yasai ramen siap!”
“mungkin aku boleh cuba hantarkan dekat pelanggan..”
“tak boleh! Kau pergi lap meja tu!”
Sebab takut tangan aku terluka lagi, miku dah larang aku hantar makanan dekat pelanggan. Walaupun miku masih lagi menyangka aku ni sukakan julien. Tapi dia layan aku dengan baik.
Tiba-tiba aku terasa macam orang sentuh belakang aku!
Tadi..tadi dia tu sengaja nak sentuh aku ke?! Mana ada orang macam ni?! Diaorang tu.. memang sengaja!!!
“virginia! Cepat pergi ambil pesanan!”
“se..selamat datang ke raku ramen. Nak pesan apa?”
“comel betul bila dah tengok dari dekat ni! Kitaorang nak order kau, boleh tak?”
Hmph... mamat jahat ni!!!
“boleh tak kitaorang ambil gambar kau dengan handphone ni?”
“ini ramen yang di pesan.”
Miku muncul di meja sebelah. Aku tak boleh buat kacau lagi dekat sini! Kalau tak, miku akan halau aku keluar sekali lagi! Aku kena bersabar dan tak boleh marah walau macam mana pun!
“haha.. maaf, aku tak dapat dengar.. apa pesanan korang tadi?”
“kitaorang nak order kau lah.”
“takde jual!! Boleh tak korang pesan makanan biasa je?!”

Setiap hari lepas kerja, miku akan temankan aku sementara menunggu pemandu aku datang.
“virginia, kau okey ke? Apa apa-apa masalah?
“eh?! I`m fine, very fine! Takde masalah pun! Miku, kenapa kau tiba-tiba je tanya macam tu?”
“baguslah.. kalau ada masalah, kau mesti cepat-cepat bagi tau aku, okey?”
Tak guna! Takkan lah miku tahu aku hampir bergaduh dengan pelanggan miang tu tadi?
“sebenarnya aku risau jugak sebab aku yang minta kau datang balik bekerja dekat sini.. aku tak pasti sama ada kau betul-betul rela atau tak.. aku takut mungkin permintaan aku ni jadi satu beban untuk kau. Tak kira lah macam mana pun, kau memang tak sesuai dengan tempat macam ni..”
“bu.. bukan macam tu! Aku rasa gembira sangat sebab dapat datang dekat sini setiap hari! Korang dah ajar aku banyak perkara!”
Tapi.. ah! Kereta kau dah sampai pun”
“miku, jangan risaukan aku! Setiap hari di sini buatkan aku rasa gembira sangat. Terima kasih, miku!”
“em! Kita jumpa lagi esok. Selamat malam virginia.”
“em! Jumpa esok! Bye bye~”
Miku tak tahu.. dia Cuma temankan aku tunggu pemandu aku datang dan ucapkan, selamat malam.. tapi itu dah cukup buatkan aku rasa bahagia sangat hingga segala kesedihan aku bagai hilang dibawa angin. Aku harap keadaan begini akan berterusan selamanya.

“walaupun dah lancarkan kempen promosi gadis pelayan cantik dan jualan pun dah meningkat tapi keuntungan ni masih belum cukup untuk kedai ni terus berniaga.” Miya mengeluh sendirian sambil mengira hasil jualan kedai.
“jangan putus asa! Percayalah miya mesti boleh punya!”
“teruskan berusaha!” para pekerja memberikan sedikit semangat kepada miya.
“baik lah! Mulai sekarang kita tak boleh kehilangan pelangan walau seorang pun! Kita kena berusaha!”
Habis lah! Lelaki miang semalam tu datang lagi!! Aku kena menyorok sebelum diaorang jumpa aku.
“selamat datang ke restoran riku ramen , silakan duduk!”
“kitaorang nak awek tu yang ambil order kitaorang!”
Biadab betul!!
“selamat datang ke restoran riku ramen. Apa pesanan korang hari ni?”
Aku kena sabar...
“le..lepaskan tangan aku! Apa korang nak buat ni!”
“wah kecil betul tangan kau ni!”
“haha! Comel jugak mukanya bila malu!”
“jangan lah malu-malu! Kitaorang cuma nak berkawan je!”
Tak guna... lelaki miang! Aku dah tak boleh bersabar lagi...
Tiba-tiba air tumpah ke atas kepala lelaki yang memegang tangan aku..
“mi..miku?!”
“kalau korang datang sini semata-mata nak pikat perempuan, biar aku temankan korang. Boleh tak lepaskan tangan dia sekarang?!” kelihatan muka miku yang bengis.
“ti..tingginya awek ni.. suara pun garau macam lelaki..”
“cepat lari..” lelaki tersebut terus pergi meninggalkan restoran.
Miku.. tadi dia dah lindungi aku.
“miku, aku..”
“virginia, ikut aku kejap!”
“eh?”
“kak miya, kitaorang pergi belakang kedai kejap!”
“eh! Apa dah jadi ni?”
“miku.. kenapa diam ni? Apa kau nak cakap dengan aku? Tadi.. aku nak jelaskan.. bukan aku yang mulakan.. bila kau asyik diam je, aku rasa bersalah sangat. Diaorang sengaja datang untuk cari pasal dengan aku.. aku dah cuba bersabar!”
“kalau kau memang tahu diaorang tu datang cari pasal, kenapa kau tak melawan masa diaorang pegang tangan kau?” miku memarahi aku sambil membuka apronnya.
“sebelum ni kan kau dah marah aku sebab aku layan pelanggan dengan buruk.. jadi aku buat semua ni demi menurut kata-kata kau je!”
“walaupun kau tahu diaorang tu berniat jahat, kau layan jugak disebabkan aku?” miku memandang aku dengan pandangan yang tajam dan membuka rambut palsunya.
“kau ni dah salah faham. Phu~~ menyesal aku panggil kau kerja semula dekat sini..”
“maksud kau.. kau nak halau aku lagi? Aku dah cuba ikut segala kakta-kata kau! Aku dah cuba ubah segala sikap buruk aku! Kenapa kau masih bencikan aku?!”
“bukan macam tu.. aku tak bencikan kau la! Dengar lah cakap aku dulu..”
“aku tak nak dengar! Kau memang bencikan aku!”
“virginia, cuba kau bertenang dan dengar sini! Percaya lah aku tak pernah bencikan kau. Kau tak perlu berada dekat sini.. selama ni kau hidup terlundung, jadi kau tak pernah tahu  bahaya hidup dekat dunia luar.. kalau kau jujur dengan julien, mesti dia akan berikan respons yang jujur juga. Kau tak semestinya kena kerja dekat sini.”
“kau tak faham! Sebenarnya aku kerja dekat sini kerana...”
Aku dah tak boleh fikir macam mana nak hidup kalau tak dapat jumpa kau lagi..
“virginia! Dengar cakap aku ni.. you don`t belong here.”
“tak nak! Kau langsung tak faham perasaan aku ni , miku! Orang yang aku sukakan bukan julien tapi kau!”
“virginia..? apa kau cakap tadi?”
“aku sebenarnya sukakan miku! Aku Cuma gunakan julien je... aku dah faham hubungan aku dengan julien dah lama berakhir. Tapi aku tetap datang ke sini, Cuma bukan deminya.. aku Cuma nak jumpa kau.. sebab setiap hari aku terbayang wajah kau je..”
Aku menagis tersedu-sedu di dada miku.
“cukup lah tu virginia..”
“Walaupun hanya sebaris ayat pendek  dari kau, aku akan fikirkan tentangnya sepanjang hari.. aku tak mampu nak nafikan perasaan aku ni..”miku menutup mulut aku dengan tangannya.
“virginia, jangan teruskan lagi.. semua ni memang pelik bagi aku! Kau ni kan girlfriend julien..”
“aku dah kata, hubungan kitaorang dah lama tamat.”
“aku tahu, tapi aku rasa pelik sangat.. sebelum ni pun kau masih lagi berusaha untuk tawan balik hati julien. Kenapa tiba-tiba je sukakan aku? Kau siap anggap aku ni musuh.. macam mana aku nak percayakan semua tu.?”
“aku sendiri pun tak faham kenapa tapi aku tak boleh nak kawal perasaan aku tu!”
“cukup virginia! Semua perasaan cinta kau terhadap aku ni Cuma salah faham je! Cuba kau berikan satu alasan supaya aku boleh percayakan kau!”
“suka.. tak boleh jadi alasan ke? Aku tahu kau mesti anggap aku ni perempuan gatal dan tak tahu malu.. sudah lah ditinggalkan bekas boyfriend, lepas tu terus jatuh cinta dengan lelaki yang pernah dianggap pesaing cinta aku.. aku ni memang lembab dan tak tau malu.. kelakar kan?”
“aku tak fikir macam tu, virginia.”
“lepaskan tangan aku! Jangan layan aku dengan baik lagi! Walaupun kau tak sukakan aku, tapi kau tak berhak nafikan perasaan aku ni!”
“virginia, sebenarnya aku...” aku terus berlari pergi tanpa mendengar apa yang miku ingin katakan.
“jangan pergi lagi!!!”
Mungkin ini lah cara terbaik untuk tamatkan semuanya.

Beberapa hari kemudian..
“warghh!!! Miasma yang lagi teruk berbanding hari tu!” julien dan pitou muncul di restoran raku ramen.
“miku! Apa dah jadi ni? Jangan takut, julien ada dekat sini!” miku terus menyiku muka julien yang cuba mendekatinya.
“APA! Miku pukul aku! Dia tak pernah berkasar dengan aku..”
“aku rasa memang patut dia pukul kau..”
“pitou! Kau memang tak ada hati perut! Kau bencikan aku ke?! Aku dah faham! Mesti sebab miya paksa miku menyamar jadi perempuan.. jadi miku dah marah!”
“apa kau cakap!!!”
“perempuan lembap!”
“lelaki miang!”
“jangan pedulikan diaorang! Miku, jom kita keluar kejap. Kalau kau terus dekat sini pun, kau tak boleh tumpu perhatian bekerja. Jom kita bincang dekat luar.” Pitou membawa miku ke taman berdekatan.
“masa aku dengar luahannya pun aku terkejut sangat. Aku cakap dekat dia, ini semua salah faham je.. akhirnya virginia pergi sambil menangis..”
“aku langsung tak tau nak selaikan masalah cinta..”
“pitou.. boleh ke orang jatuh cinta dekat orang lain sebaik saja berpisah?”
“err.. mungkin kot! Tapi aku sendiri tak pernah rasai perasaan macam tu selama ni. Entah lah..”
“aku rasa.. tak kira lah aku rela atau tak, kau akan sentiasa terfikirkannya. Bila terfikirkan pasal orang tu je, jantung kita akan berdegup kencang tapi bila orang tu dekat depan mata, kita akan rasa stress sampaikan jantung terhenti berfungsi..”
“hee... kau sendiri pun dah faham kenapa kau bad mood tadi kan?”
“tapi dia tu  bekas girlfriend julien..”
“APA!! Miku dah jatuh cinta dengan virginia! Tak mungkin!!!”
“biar betul!” julien dan juga miya muncul dari belakang pokok.
“curi dengar ni memang perbuatan orang tak bermoral..”
“ada aku kisah? Pulangkan miku aku!!”
“miku tak pernah pun jadi kepunyaan kau..”
“aku nak bunuh kau!” julien dan pitou mula bergaduh.
“maaf lah sebab mengendap korang tadi.. aku sebenarnya nak berikan kau surat ni!” miya menyerahkan sepucuk surat kepada miku.“baru kejap tadi posmen hantarkan surat ni..
Miku membuka surat tersebut.
“nampaknya pemilik kedai ramen kita ni dah bertukar! Ada orang lain dah beli kedai kita baru-baru ni..”
“apa? Maksudnya tuan kedai baru ni nak naikkan sewa ke?” miya kelihatan amat rungsing.
“tak lah.. tuan kedai baru ni nak kita berhenti berniaga dan pindah sekarang jugak!” mereka terpaku.
“kurang ajar!! Ni mesti angkara virginia! Kan miku dah tolak cintanya? Ni lah cara dia nak balas dendam!”
“jangan merepek! Kita belum ada bukti kukuh..”
“tak mungkin aku silap! Ini memang cara si sombong tu bertindak!”
“memang lah tak baik kita fikir macam tu tapi selain dari virginia, siapa lagi yang cukup kaya untuk buat macam ni..” miya pun ingat tu kerja aku.
“aku pergi tanya dia sekejap..”
“miku?”
“aku nak ikut!”
“alright!!! Biar semua pergi tengok macam mana miku menentang perempuan sombong tu!” mereka berempat terus menuju kerumah agam ku.
“eh? Apasal korang semua datang sini? Ada kecemasan ker?”
“jangannak berpura-pura tak tahu! Kau ni memang melampau! Kenapa kau sanggup aniaya miku sampai dia  tak boleh berniaga?” julien terus memarahi aku.
“woi! Jaga mulut kau tu!” salah seorang maid ku cuba melindungi aku.
“aku dah cukup jelas dengan perangai kau tu! Kau memang suka gunakan wang untuk susahkan orang lain!”
“apa? Aku tak...”
“miku! Cakap lah sesuatu!”
“miku.. kau pun tak percayakan aku ker?”
“tak.. sebenarnya aku nak tanya pasal lelaki yang aku jumpa dekat sini hari tu.”
“apa kau cakap? Kau langsung tak syak virginia yang buat ke?”
“tak lah. Kan aku dah cakap, aku nak tanya virginia pasal lelaki tu..?”
“kenapa kau tak jelaskan tadi? Siapa lelaki yang kau cakap tu?”
“orang yang korang tu cakap tu.. albert ke?”
“haha! Betul! Aku dah beli kedai korang! Sekarang baru kau tau kehebatan aku kan? Aku nak hapuskan segala persaing cinta aku!” albert! Seorang lelaki yang perasan dia ni boyfriend aku dan suka tiru gaya lelaki yang disukai oleh aku.
“albert! Kenapa kau nak buat semua tu!”
“kenapa gaya rambutnya macam miku? Kelakar betul!”
“aku nak dia tahu, dia memang tak boleh nak lawan aku! Virginia tu milik aku! Percaya lah virginia! Tinggalkan je mamat miskin tu! Tengok! Senang je saya boleh jadi dia tapi dia takkan mampu jadi saya seumur hidup dia!”
“albert.. kalau aku dah sakitkan hati kau sebelum ni.. aku minta maaf.  Kau boleh salahkan aku tapi miku.. bukan boyfriend aku. Aku harap kau lepaskan diaorang.. dan kedai ramen tu!”
“nanti virginia, kau tak perlu..”
“miku.. aku rasa gembira sangat sebab kau tak syaki aku langsung. Walaupun kita tak dapat jadi kekasih, aku harap sekurang-kurangnya aku dapat tolong kau.. sebagai seorang kawan.”
“Albert, aku tahu aku dah layan kau dengan buruk..tapi mulai sekarang, aku akan berfikir secara matang tentang hubungan kita. Aku percaya, hubungan kita akan jadi rapat lepas ni..”
“kalau macam tu.. okey lah! Saya akan ikut je apa awak cakap!”
Tiba-tiba sejumlah wang tercampak di hadapan muka albert
“ambil je la semua wang ni! Ambil je lah kedai tu kalau nak! Tapi kau kena janji jangan muncul depan girlfriend aku lagi!”
“girlfriend?! Berani kau.. kau ingat kau ni siapa?” miku terus menolak albert jatuh dan menarik baju albert.
“lagi satu, jangan sesuka hati nak tiru gaya rambut aku kalau kau tak nak aku botakkan kepala kau tu.. kalau kau masih kacau girlfriend aku lagi lepas ni, aku janji aku akan sembelih kau!”
Aku tak pernah tahu miku ada ekspresi sebegini.. bila terfikirkan semua ekspresi kacaknya semata-mata demi melingi aku.. dah cukup buatkan kaki aku lemah dan tak mampu bergerak.
“nanti kejap, miku! Ke mana kita nak pergi ni? Percaya lah, aku boleh minta albert pulangkan kedai tu dekat korang.”
“aku dah cakap. Jangan jumpa dia lagi!!!”
“miku hari ni kau pelik betul! Mana kau dapat duit tu semua?” miku berhenti dari menarik aku.
“miku yang aku kenal takkan campakkan wang ke wajah orang lain..”
“wang tu sebenarnya milik kau virginia. Sebelum ni kau ada tinggalkan wang yang banyak kat kedai aku, ingat tak? Aku dah lama nak pulangkan duit tu dekat kau.. tapi bila terfikir aku tak dapat jumpa kau lagi lepas aku pulangkan wang ni, aku lak jadi takut.. aku sendiri pun tak faham perangai aku ni nampak pelik.. sejak aku minta kau kembali bekerja dekat kedai ramen hari tu, aku tau aku dah semakin pelik sampai la ke hari ni..”
Sekarang miku nampak malu-malu, macam seekor kucing yang comel dan buatkan orang nak sangat menyayanginya.
“tapi kau dah tolak aku, kenapa sekarang..? kenapa kau takut tak dapat jumpa aku lagi?”
“suka.. tak boleh jadi alasan ke? Masa kau luahkan cinta kau, aku sebenarnya rasa gembira sangat.. tapi aku rasa takut..”
“takut?”
“aku takut kau Cuma anggap aku ni pengganti julien je.. aku takut, kau masih anggap julien lebih baik berbanding aku.. aku Cuma nak kau bahagia, walaupun tanpa aku di sisi.. tapi bila aku nampak kau nak terima albert, aku jadi takut.. aku tak paksa kau sukakan aku, kalau kau tak sudi, aku tetap akan sokong kau..”
“jangan nafikan perasaan aku pada kau! Kan aku dah cakap hari tu?” aku mendekatkan dahinya dengan dahiku. Kini aku mampu tersenyum manis semula.
“urr.. miku aku..” julien, pitou dan juga miya mencuri dengar perbualan aku dengan miku dari belakang pokok.
“berpisah dengan virginia ialah satu-satunya perkara terbaik kau lakukan.”
“aku tak buat apa-apa! Kalau aku tau virginia akan jadi macam ni. Jangan harap aku akan lepaskan!”
“tak sangka akhirnya jadi macam ni.” Miya tersenyum dan mula berlalu pergi.
“kau ni tak apa-apa ke? Kedai kau akan tutup, kau dah tak dapat mencapai impian kau dah.”
“sejak awal-awal lagi. Niat bapa membuka kedai ni ialah demi memberi kebahagiaan pada pelanggannya.. walaupun kedai kami terpaksa bungkus, tapi kiranya niat bapa dan aku dah tercapai, kan?”
Lepas kejadian hari tu, aku dan miku sudah menjadi pasangan kekasih yang bahagia. Aku beranikan diri untuk berterus terang dengan ibu bapa aku dan syukur lah mereka tak membantah. Albert dah tak datang cari aku lagi. Apa yang mengejutkan, kedai tu akhirnya dibeli oleh bapa aku. Miku dan miya pulak boleh terus berniaga dengan harga sewa yang sama tapi diaorang bagi syarat. Miya dan miku wajib capai target keuntungan dalam masa tiga bulan. Bapa akan terus benarkan diaorang berniaga..
“kan aku dah cakap. Jangan rushing? Aku kan free hari ni..”
Kacaknya miku hari ni..
“heee.. siapa tahu! Kan kedai ramen ada projek baru.. aku ingatkan mesti kau sibuk!”
“julien dengan pitou dah setuju nak gantikan kerja hari ni.. kau nak ke mana sekarang?”
“biar aku fikir..”
“apa kata kita pergi tengok wayang?”
“tak nak”
“okey! Meh kita gi shopping dan makan sama-sama”
“tak mau..”
“emm.. susahnya nak cari tempat dating ni..”
“hehe.. aku ada idea bagus! Mesti kita akan enjoy..”

“julien! Hantar ramen ni dekat meja lapan!”
“woii! Kau tak nampak aku tengah ambil pesanan ni? Panggil lah orang lain! Aku bukan hamba suruhan kau, tau tak! Ni semua pasal rancangan bijak kau tu la! Selamba je salah gunakan kekacakan untuk raih untung!”
“apa?! Rancangan aku ni sempurna tau? Orang makan gaji macam kau ni, apa yang kau tau?”
“jangan lah bergaduh dekat sini! Malu betul lah..”
“hai! Kitaorang dah balik!”
“yik! Kenapa korang balik awal?”
“hee... kitaorang rindu korang lah! Jadi kitaorang dah buat keputusan nak dating dekat sini!”
“urr.. miku, aku tahu kau tak sampai hati tengok aku dibuli miya kat sini..”
“lembap! Cepat buat kerja!!”

Berjumpa insan sepertimu ialah satu perkara paling bermakna sepanjang hidupku

Label: ,


FROZEN!!!!
Sabtu, 1 Februari 2014 • 5:56 PTG • 0 comments

hello... ok guy... sape kat sini x pernh dengar pasal cite frozen? sape yang dah tengok??
angkat tangan... kihkihkih...
ok... nak bg tau sipnosis cite ni sikit...
cite ni... pasal... adeq beradik yang bernama elsa dan anne...
diaorang ni rapat gile... elsa dikurniakan kuasa frozen... die leh buat salji...
then anna pula cuma gadis biasa, 1 hari tu, anna kejutkan elsa tgh malam dan ajak elsa bermain salji dgn kuasa yang dia ada.. ketika diaorang main tu.. si elsa ni secara x sengaja telah membekukan otak/kepala adeq die si anna dan meyebabkan sebaris rambut adeq die jadi putih.. lepas tu ayah die bawak die jumpe keluarga batu..dan untuk meyelamatkan si anna ni... si dukun batu tu terpaksa membuat ingatan anna pasal kuasa kakak die ilang... dan dukun tu cakap kuasa tu semakin kuat dan ianya boleh bawa kebaikan.. dan juga keburukan.. sejak pulang dari jumpa dukun tu elsa berkurung dalam bilik dan tidak lagi bermain dgn anna.. sebab die takut die akan cederakan adeq die lagi.. tapi anna setiap hari ketuk bilik elsa dan ajak elsa bermain. bergitu lah..sampai lah mereka dah remaja... 1 hari tu.. mak n ayah die terpaksa berlayar,dan kapal yang mak n ayah diaorang naik tu karam disebabkan ribut.so mak dan ayah die mati.tinggallah dua orang beradik tu.. oh lupe nak mention, ayah diaorang raja kingdom.selepas 3 tahun ayah n mak die mati, si elsa perlu ditabalkan(betul ke aje ni? ) menjadi pemaisuri. jadi adalah majlis besar-besaran. si anna ni gembira x terkatalah..sebab sepanjang hidup die.. die x leh keluar dan die x leh nak main dgn kakak die.. die ni seorang yg sangat lonely..(nagis tgok die T_T) tapi... even die lonely dia org yang senyum paling lebar.. jadi hari tu die happy sgt... tp berbeza ngan kakak die elsa, elsa die takut sgt,sbb die takut penduduk kt kingdom tu tau die ada kuasa frozen.. dan nk dijadikan cerita, si anna ni jumpe ngan sorang laki ni nama die hon, die jumpe hari majlis tu,dan hari tu juga die bertunang dan jumpe kakak die minta restu, tp kakak die x restu kan dan diaorang bergaduh. si anna ni tertarik sarung tangan yang selalu elsa pakai dan time gaduh tu tanpa sengaja si elsa terlepaskan kuasa die, dan disbbkan rasa takut yang amat sgt, si elsa ni pergi ke gunung paling jauh dan megasingkan diri.. di sana die baru tahu bertapa hebatnya kuasa die, dan die juga yang telah membuat snowman si olaf tu.. olaf ni snowman yg selalu die buat time bermain dgn adeq die dulu.. then die buat istana dia sendiri kat atas gunung tu.. perh.. cantik gile kot.. then dkt kingdom tu lak.. dari summer terus jadi winter.. winter tebal lak tu.. si anna ni keluar mencari kakak die, dan die yakin kakak die x akan cedera kan die sbb tu kan kakak die.. xkan kakak die nk cederakan die kan... >< jadi smbungan nye tengok sendiri lah...
hahahaha....memang best gile cite ni... tgok smbil nagis.... sape x nagis tu mesti org tu x pernh rasa apa tu rasa sunyi, apa tu rasa dilukai, apa tu rasa ditinggalkan.... ><
ok ann akan bagi beberapa gmbr dari frozen... tapi art by fan lah... hahaha...
saya minat anna... die nye caracter tu... lonely but still smile, hurted but still trust, broken but still protect..
cerite ni best gile... tengok lah!!










Kon'nichiwa

Watashi no namae anne

My heart that will be always beats

it al because of you


Crown Queen Crew Diamond