cinta untuk dijual! kaoru.. versi novel...
Isnin, 13 April 2015 • 3:02 PTG • 0 comments
assalamualaikum... hello... ni adalah dari komik cinta untuk dijual.. saje je buat tulisan.. macam best je... XD hahaha.. harap2 tak kena saman dengan gempak...im just a fan..
cuba bayangkan~~~ miku = ariz forteen virginia = emma maembong julien = zoey rahman pitou = zul ariffin miya = nora danish albert = dafi
Act 1
Apa yang aku tahu, ibu ialah seorang wanita yang penuh
dengan sifat kelembutan dan kecantikannya umpama bidadari.
“urr... mama, sakitnya kaki miku” aku berlari sambil menagis
menuju ke arah mama yang sedang menyidai baju.
“alahai, anak mama luka sebab jatuh ya? Jangan bimbang. Mama
tahu satu jampi yang boleh hilangkan sakit miku tau.” Mama mendekati aku.
“tengok ni! Mama dah kirimkan jampi dengan dahi mama. Sakit miku dah hilang,
kan?” setiap kali mama lakukan perkara ini, entah macam mana segala kesakitan
dan kerisauan aku lenyap bergitu saja. Sedar tak sedar, 20 tahun sudah
berlalu..
“hei miku! Bukan ke kau nak pergi tempat pitou hari ni?dah
lewat ni.”
“yalah kak. Aku gerak sekarang.”
Ibu dan ayah dah 10
tahun tinggalkan kami. Hanya kedai ramen ini je lah peninggalan mereka.
“miku, bawakan sekali ramen ni. Akak nak belanja diaorang
makan sikit.”
“okay.. akak aku keluar sekejap tau.”
Kak miya bekerja keras agar kedai kami terus bertahan tapi..
“selamat datang pelanggan budiman. Hari ini ada promosi
hebat di restoran nippon ichiban! Nikmatilah nasi daging spesial kami!”
Sebuah restoran jepun yang baru dan lebih besar buka bisnes
dekat depan kedai kami membuatkan perniagaan kami terjejas. Kini kedai kami
sering mengalami kerugian, sampai sewa kedai pun dah tak mampu nak bayar.
“lamanya tak pergi kedai korang. Rindu pulak dengan ramen
buatan miya tu” salah seorang bekas pelangan aku menegur ketika aku berjalan
melintasi restoran pesaing tersebut.
Sekarang ini ada la seorang dua pelanggan tetap kami yang
selalu datang.
“lepas la tangan aku!! Kalau tak.. aku report polis! Sudah
lah! Tak kira macam pun kau buat.. aku tetap takkan jadi girlfriend kau! Aku
nak cari dia! Kau tak patut buat macam ni! Aku dah ada boyfriend, faham tak?!”
“jangan degil la! Awak dengan dia dah putus. Sekarang saya
lah boyfriend awak!”
“siapa cakap kau ni boyfriend aku...”
“hei! Nanti kejap.. aku nak minta tolong..” perempuan
tersebut menarik baju aku dari belakang dan aku menoleh memandangnya.
“kalau kau bagi tahu mamat tu kau ni boyfriend aku, seratus
ni milik kau.” Dia memberi aku duit not seratus. Akhirnya, aku terbabit juga
dalam pergaduhan diaorang.
“jom! Cakap kuat-kuat tau.. cepat lah cakap sekarang! Hei
cepatlah” aku hanya diam membisu.
“jangan lah susahkan orang lain lagi.saya dah dengar
semuanya! Awak tak mungkin dapat halau saya semudah ini.” Lelaki tersebut
bersuara.
“takkan lah kau ni ada masalah pertuturan pula?!”
“ikut saya sekarang jugak!” lelaki tersebut menarik
perempuan tersebut.
“jangan tarik lah! Berani kau sentuh aku! Aku mesti ajar kau
hari ni!” perempuan tersebut memijak kaki lelaki tersebut dengan heelnya dan
merampas kembali duit yang diberi kepada aku dengan wajah yang bengis dan dia
berlalu pergi.
“aduh, sakitnya kaki aku.. hei.. jangan pergi.. tunggu!”
lelaki tersebut mengekori perempuan tersebut.
Dia ni memang perempuan pelik.dia betul-betul ingat aku ni
ada masalah pertuturan ker?
“encik.. maaf, kedai belum buka lagi.”kelihatan seorang
lelaki menoleh kearah aku.
“oh! Miku rupanya!” aku menuju ke display gelato yang berada
di situ.
“ni ramen buatan miya ke? Baik betul kakak kau ni.. mamat
seorang lagi mana? Julien tak ikut sekali?”
Dia ni pitou, salah seorang kawan rapat aku dari zaman
budak-budak lagi.
“miku, kau nak makan gelato ke?” gelato yang dibuat oleh
pitou memang enak tak terhingga.
“erm..em.. sedapnya ramen ni. Miya memang pandai masak!
Miku, nanti tolong bagi gelato dekat miya ye? Aku dah buat perisa favourite dia
ni.” Aku menikmati gelato yang dihidang oleh pitou dan pitou menjamah ramen
yang aku bawa.
“aku memang bengang tengok dua orang kawan baik aku seronok
sangat makan sampai tak perasan aku datang! Tak guna aku beria-ria bawa kek
untuk belanja korang!”
Dia ni julien.seorang lagi kawan rapat aku. Dia ni anak bongsu
pemilik kedai kek. Julien ni memang cerdik.. dia lepasan universiti terkenal
dan sekarang berkerja dengan sebuah syarikat multinasional.
“ni semua sebab kau tak pandai tepati masa!” pitou bersuara.
Julien mendekati aku dan mencium dahi aku.
“kau ambil kek dari kedai kau.. maknanya kau dah jumpa ibu
bapa kau lah?” pitou bertanya kepada julien.
“mak aku je yang ada.. kenapa?”
Hubungan julen dengan bapanya renggang sejak dulu lagi.
“hari tu aku bertembung dengan mak kau. Dia cakap, pinggang
bapa kau terseliuh masa kerja.”
“wah!!! Ramen aku suka!”
“wei!! Kurang asam betullah. Dengar lah apa aku cakap ni!
Malas aku nak cakap pasal keluarga kau lagi!!” pitou mula bengang, julien pula
tidak endahkan pitou dan mula menjamah ramennya.
“wah!! Miku ni makin handal lah buat ramen! Apa kata jadi
isteri aku je, miku?” julien memelukku secara mengejut.
“lepaskan tangan kau!! Miku tu kan lelaki?! Macam mana dia
nak jadi isteri kau hah!”
“kenapa tak boleh pula?! Miku ni lagi cantik berbanding
wanita sebenar!” pitou dan julien mula bergaduh.
“miang!! Gatal!! Buaya darat tak berhati perut macam kau ni
jangan ingat semua orang sama je!!”
“julien, kau dah break lagi ke?” aku bersuara. Pergaduhan
mereka terhenti.
“ma.. mana ada.. aku dengan virginia baru je nak mulakan
hubungan. Takkan lah dah putus kot.”
“sah! Memang dah kena reject!”
“sudah! Jangan bincang pasal hal tak penting. Kita kan dah
lama tak jumpa.. aku pun dah lama tak pergi kedai ramen miku! Masa kecil kita
selalu main dekat sana, kan? Apa kata bulan depan kita buat gathering dekat
kedai ramen miku?”
“aku rasa kedai tu dah tak mampu bertahan sampai bulan
depan.”
“apa!!!” pitou dan julien bersuara serentak.
“tak mungkin.. restoran baru dekat depan kedai kau tu dah
rampas semua pelanggan ker?”
“kau tipu ke?”
“kalau tak disebabkan restoran tu pun, sekarang ni ramai
budak muda tak suka makan ramen. Diaorang anggap ramen ni sesuai untuk orang
tua je. Sebenarnya perniagaan dah merosot sejak kebelakangan ni..”
“betul tu! Gadis pun tak suka makan ramen yang panas tu
sebab takut mekap diaorang cair dan berpeluh. Kalau macam ni, memang susah nak
berniaga lah! Pelanggan lelaki je datang”
“jadi.. miya ada rancang stategi untuk selamatkan kedai ke?”
aku hanya diam seribu bahasa.
Tiga hari kemudian...
“hei pitou, betul ke apa yang miku cakap tu? Aku rasa susah
nak berjaya rancangan dia tu..”
“tak kisah lah berjaya ataupun tak.jom kita masuk dan tengok
apa yang kita boleh tolong.”
“amoi! Bagi semangkuk miso ramen!”
“Cik minta tambah air! Nak tambah pesanan sekali!”
“yasai ramen aku belum sampai lagi!”
“wahh!! Ramainya orang..”
“hai, pitou!”
“ah! Miya..”
“tak sangka pula korang betul-betul datang hari ini..” aku
keluar dengan pakaian wanita dan juga rambut panjang palsu.
“mi.. miku!!!” pitou dan julien kelihatan amat terkejut.
“inilah stategi aku!” miya berkata sambil tersenyum
“takkan lah ni sebabnya pelanggan makin ramai!”
“maaf aku nampak kelakar sangat ke?”
“aku rasa.. makeup ni sesuai sangat dengan kau.. entah. Aku
pun tak tahu nak cakap apa.. betul tak julien?Rasanya kalau nampak kelakar,
takkan lah ramai pelanggan datang”
“miku, jadi lah isteri aku!!!” julien mendekati aku dengan
mata yang bersinar.
“apa kata kita bincang lepas kedai tutup?” pitou menumbuk
julien yang sudah hilang akal.
“KELAKAR BETUL!!! Kau ingat dengan cara ni boleh tingkatkan
keuntungan kedai ke? Kau ni pandai berniaga ke? Sejak bila miku jadi barang
dagangan kau?”julien mula bergaduh dengan miya.
“berani kau kutuk strategi aku? Kenapa nak marah-marah dekat
sini pulak? Suka hati la kitaorang nak buat apa pun!”
“aku ni risaukan si miku! Setakat perempuan tua macam kau ni
aku tak kisah sangat. Tapi kalau miku aku yang comel ni diculik, macam mana?”
“sejak bila miku jadi hak milik kau ni? Perasan! Kau ingat
kau ni bapa dia? Suami dia?”
“memang susah nak bayangkan diaorang ni dulu pernah jadi
couple. Couple dahsyat!”
“puii!! Berani ungkit cerita lama? Aku kerjakan kau nanti!”
komen pitou didengari oleh julien. Aku hanya diam melihat apa yang berlaku.
“miku.. kalau betul-betul tak suka, baik kau tolak
sekarang.” Pitou mendekati aku dan mengosok kepala aku sedikit.
“aku.. aku rasa okey je.. demi kedai warisan ibu bapa
kitaorang. Kakak dah banyak berkorban.aku kena tolong dia.. “
aku teringat ketika aku masa kecil dulu, ketika aku menangis
kakak akan datang menenangkan aku. Dan dia berusaha keras untuk belajar resepi
ramen milik keluarga aku bila ibu dan bapa aku meninggal. Dia berusaha untuk
meneruskan perniagaan ibu dan bapa.
“sebenarnya aku faham.. kakak tak nak sambung belajar dan
berusaha teruskan perniagaan demi merealisasikan impian ibu bapa kitaorang.”
“miku ni memang anak baik. Aku rasa ibu bapa korang mesti
gembira dengan usaha korang ni. Aku sokong kau!” pitou masih lagi membelai
rambut aku. Julien yang melihat kelihatan tersentak dan terus menarik aku jauh
dari pitou.
“hei, pitou! Kau layan miku macam ni kau dah jatuh cinta
dekat dia ke?”
“aku.. aku tak berniat jahat. Aku cuma nak beri sokongan
morak dekat miku je”
“tak ada sesiapa boleh rampas miku dari aku, faham? Jangan
cemarkan dia dengan tangan kau yang kotor tu!” julien merangkul leher aku dari
belakang.
“oh~~ miku kesayang..” julien mengosokkan pipinya di
rambutku.
“julien, kau memang nak teruskan gurauan entah apa-apa kau
tu ke?”
“mamat tu kena reject lagi ke? julien! Lepaskan tangan kau!”
“tepilah miya!”
Ketika miya dan juga julien tengah bergaduh seorang
perempuan masuk ke gerai kami.
“eh? Cik, kedai kami sudah tutup la.. boleh datang lain
kali?” perempuan tersebut tidak mengedahkan teguran dari miya dan terus
mengambil segelas air yang berada berdekatan dan menyibah aku dan juga julien.
“julien!! Jantan tak berhati perut! Rupanya kau tinggalkan
aku sebab perempuan ni!” perempuan tersebut kelihatan marah sambil menangis.
“siapa tu?” miya bertanya kepada pitou.
“vir..virginia! apa kau buat dekat sini?”
“aku takkan lepaskan kau perempuan perampas! Cepat bagi tahu
aku nama kau!”
Perempuan yang sedang menagis dekat depan aku sekarang ni
nama dia virginia. Dia ini bekas girlfriend julien. Diaorang baru je
putus.sekarang ni salah faham yang amat serius belaku...
“virginia... tolong lah bertenang sikit..”
“macam mana nak bertenang kalau boyfriend aku ada hubungan
dengan perempuan lain, hah? Playboy macam kau tak layak nak suruh aku
bertenang!”
“na.. nanti dulu! Kenapa tiba-tiba je panggil aku playboy?”
Nampaknya dia ni salah sangka aku ni kekasih gelap si
julien.
“kan aku dah cakap aku minta putus sebab kita tak serasi.”
Tapi bila aku buka rahsia aku ni sebenarnya lelaki. Salah
faham macam ni senang je nak diselesaikan.
“aku..” sedang aku baru ingin bersuara, virginia
mencampakkan sejumlah wang di hadapan aku.
“aku ni anak orang kaya tau? Aku rasa duit ni cukup banyak
untuk kau tutup restoran buruk ni dan buka perniagaan dekat tempat lain! Kau
mesti tinggalkan julien sekarang juga!”
“tunggu dulu!! Kau ni memang dah melampau! Jangan ingat kau
boleh beli semua orang dengan duit kau tu!” julien mula marah apabila virginia
melakukan perkara sebegitu kepada aku.
“walaupun kami ni tak lah sekaya kau, aku takkan kebulur
duit kau tu! Lagipun miku dengan julien bukan seperti kau sangkakan!” miya mula
masuk campur.
“maksudnya.. aku salah faham ke? Kau.. bukan girlfriend baru
julien ker?” kelihatan virginia sedikit malu dan agak tenang berbanding sebelum
ini.
“eh! Alamak! betul! miku belum terima aku sebagai boyfriend
dia tapi aku dah lama mencintainya dalam diam!” julien terus memeluk aku.
“apa!!!!” virginia dan juga miya terkejut dengan apa yang
dikatakan oleh julien. Pitou pula hanya menyaksikan tanpa berkata apa-apa.
“miku, tolong lah percayakan cinta suci ni..sejak bertemu
kau, aku kini faham tujuan aku terus hidup di dunia ni ialah untuk mencintai
kau..walaupun kau belum dapat menerima aku, tapi aku akan tetap menunggu.
Selain kau, aku tak mampu nak mencintai sesiapa pun.” Julien membelai wajah dan rambut aku.
Kelihatan dia cuba menahan gelaknya.
‘maaf lah, miku.ah...ada penjelasan kenapa aku buat semua
ni. Jadi.. tolonglah aku kali ni, please...’ julien berbisik sedikit kepada
aku.
“virginia maaflah, inilah puncanya aku minta putus.. aku
simpati dekat kau tapi aku harap kau jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan
kau satu hari nanti.”
“lelaki keji! Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!”
virginia berlalu pergi.
“fuh~~ nasib baik dapat tipu dia.. kalau tak memang masak
aku.. terima kasih miku..”
“jangan risau. Dia takkan kerjakan kau tapi aku yang akan
belasah kau!” miya dan pitou muncul dari belakang julien dengan wajah yang
meyeramkan.
“baik kau ceritakan dari A sampai Z! Walaupun aku tak suka
juga perempuan sombong tu, aku nak tahu kenapa korang putus seteruk ini?”
“takkan lah kau dah buat sesuatu dekat dia lepas tu minta
putus pula?”
“em! Ada kemungkin juga tu.”
“apa maksud kau?! Aku tak sekeji tu lah! Takkan lah aku nak
cemarkan maruah dia!”
“habis tu?”
“sebenarnya kitaorang couple tiga hari je.. korang dah
tengok sendiri, kan? Virginia tu dilahirkan dalam keluarga kaya.dari kecil
sampailah sekarang, dia Cuma tahu gunakan duit untuk dapatkan apa yang dia nak,
termasuklah cinta... tapi malangnya cinta bukan boleh di jual beli..aku rasa
macam barang daganan je bila dengan
virginia. Masa kitaorang dating, masa dekat fun fair, dia gunakan duit untuk
potong barisan. Dan ketika kitaorang dekat restoran dia gunakan duit untuk
dapatkan tempat duduk yang orang lain dah duduk. Ketika aku kerja, dia suruh
aku letak jawatan dan dia akan bayar aku dua kali ganda dari gaji aku.Walaupun
ketika cakap dengan aku .. dia tak habis-habis cerita pasal duit! Kalau terus
bersamanya, aku akan dipandang hina dengan perempuan lain.. sampai aku digelar
haiwan kesanyangan virginia tu! Habis imej baik aku.” Julien bercerita sambil
menangis.
“kesiannya..”
“tu lah padahnya kalau selalu tukar girlfriend..”
“jadi miku, tolonglah selamatkan aku kali ini.. dia mesti
datang lagi dekat sini! Tolonglah jangan dedahkan rahsia kau.. miku, sekarang
ni kau seorang je boleh selamatkan aku.. kau sudi tolong aku, kan? Kan?”
Tiga hari kemudian..
“hai! Irrashaimase! Selamat datang ke restoran raku ramen.
Sila duduk.. yik!”
“dia datang lah..”
“hoi! Apa kau nak hah? Kau nak ganggu kitaorang berniaga ker?”
“huh! Memang teruk restoran ni! Ini ke cara kau layan
pelanggan? Aku datang sebab nak makan la!”
“makan? Biar betul?”
“selamat datang ke restoran raku ramen! Cik nak makan apa?”
aku mengambil pesanan.
“suara kau ni kasar macam lelaki. Harap muka je cantik...
kau ni memang lah tinggi tapi bagi perempuan. Saiz macam ni tak kena lah.
Bentuk badan pun sekeping je! Aku tak boleh faham macam mana julien boleh
terpikat dekat kau!
“cik nak makan apa”
“sukahati kau lah nak order apa. Bagi aku, makanan dekat
restoran lembab macam ni semuanya sama saja.”
“siap! Silakan nikmati ramen spesial kami!” virginia
memandang pelik makanan yang aku hidangkan.
‘tak pernah makan makanan macam ni’ virginia berkata-kata di
dalam mindanya.
“PANASNYA!!! Ini mi apa? Kau sengaja nak mainkan aku ke?”
“siapa mainkan siapa sekarang ni? Ramen memang lah macam tu.
Kau ni sengaja nak buat kacau je kan!” miya mula marah.
“berani kau marah aku!”
“hahaha... agaknya cik ni tak pernah makan ramen. Orang
macam cik ni mana sesuai makan dekat sini” salah seorang pelangan kami menegur.
Virginia tersentak.
“penyibuk! Aku yang bayar suka hati aku lah nak makan dekat
mana! Service korang ni memang teruk! Aku janji akan buat aduan pasal korang
ni! Esok korang baca je lah laporan dalam surat khabar! Baik korang menyesal
sekarang sebab layan aku macam ni punya teruk!” virginia berlalu pergi tapi
tidak di sangka dia terjatuh.
“ah! Aduh! Sakitnya kaki aku. Apasal ada kicap tumpah atas
lantai pulak ni!”
“kau okay ke? Biar aku tolong” aku mehulurkan tangan untuk
menolongnya tapi di tepis oleh virginia dengan kasar.
“jangan pegang aku! Ni semua gara-gara kecuaian korang!
Korang mesti bertanggungjawap atas semua ni!”
Miya membawa virginia masuk ke bilik ku dan menukarkan bajunya
dengan baju kami dan virginia menelefon doktor peribadinya. Apabila doktor
pulang Miya menarik aku masuk ke dalam biliknya.
“ni semua akak punya pasal. Kalau akak tak suruh miku
menyamar jadi pelayan perempuan, mesti...”
“tak ada siapa pun salah... miku sendiri yang setuju buat
macam ni demi kedai kita..”
“tapi akak tetap rasa...”
“kak miya, kedai ni penuh dengan kenangan kita sekeluarga.
Miku faham, akak lakukan semua ini demi melindungi kenangan yang tak ternilai
tu. Percaya lah.. kita dapat atasi semua ni.. walau apa pun, miku tetap percaya
dengan akak.” Aku merapatkan dahi aku dengan dahi miya.
“betul tu! Apa yang penting kita kena selamatkan kedai ni!
Bukan masanya untuk mengaku kalah sekarang..”
Hanya dengan kenangan ni dan juga magic yang mama ajar boleh
melegakan segala kerisauan tu.. barulah kita boleh bangkit dari kesedihan dan teruskan
hidup dengan penuh semangat.
“kita tak boleh putus asa bergitu sahaja.” Miya menyambung
katanya.
“LAMBAT!! Mana kau pergi ha?! Suruh ambil air panas sikit
pun berejam!” kedengaran suara virginia dari dalam bilik.
“kak miya, miku pergi dulu..”
“tak apa ke miku seorang saja dekat sini?”
“em! Miku akan cuba selesaikan masalah ni. Tapi maaf kak,
miku perlukan masa sikit lagi.”
“apasal miku pula yang minta maaf? Ini semua julien punya
hal. Akak akan buat perhitungan dengan dia nanti!” miya berlalu ke depan semula
dan aku berlalu ke dapur mengambil air panas yang diminta oleh virginia.
“aku nak masuk ni.. air panas dah sedia.” Aku membuka pintu
bilik dimana virginia di tempatkan.
“doktor cakap aku tak boleh mandi sebab kaki aku ni
berbalut. Kau faham tak susahnya bagi gadis yang pentingkan kebersihan macam
aku ni?”
“ya. Aku faham. Aku dah sediakan air panas supaya kau boleh
lap badan kau tu. Silakan..”
“ni je ke? Kau nak tinggalkan aku seorang-seorang dekat
sini?! Aku ni kurang upaya tau”
“habis? Kau nak suruh aku buat apa?”
“kau kena buatkan untuk aku. Aku tak pernah lap badan aku
sendiri sebab ini kan kerja orang suruhan. Kau tak nak ke? Kau kena ingat,
sebab kau lah aku jadi macam ni. Kau kena jadi orang suruhan aku sampai aku
sembuh.”
‘masalahnya cik puan aku ni lelaki.’ Aku Cuma mampu berkata
di dalam hati.
“okey, tapi aku harap kau tak menyesal dengan keputusan kau.
Suhu air cukup panas tak?” aku mula mengelap tangan virginia.
“em.. bila tengok betul-betul cantik juga kau ni. Macam ada
darah kacukan.. kau ni asal mana sebenarnya?”
“ayah aku orang jepun, mak aku orang perancis. Ayah aku
datang belajar dekat sini dan terus tinggal dekat sini.”
“tapi nak kata cantik, kau ni lebih kepada kacak kot” aku tersentak.
“aku dah siap lap kaki dengan tangan kau. Aku keluar dulu”
“hei! Tunggu kejap aku boleh lap badan aku sendiri...
tapi... aku tak boleh lap belakang badan aku dan aku tak reti nak buka baju
yang kakak kau pakaikan ni.” Virginia kelihatan cuba membuka kimono yang miya
pakaikan.
“aku rasa memang tak kena buat macam tu.. aku panggil kakak
aku lapkan kau.”
“tak nak! Kau nak buatkan aku tunggu sampai kakak kau
datang?! Lagipun orang suruhan aku kau, bukan kakak kau!”
“tapi.. aku takut kau menyesal pulak nanti..”
“jangan merepek! Buat je apa aku suruh!”
“jangan cuba bagi kerja kau dekat orang lain! Selagi aku ada
dekat sini kau kena ikut arahan aku faham!”
‘apalah agaknya reaksi perempuan ni bila tau identiti
sebenar aku.. masak lah aku lepas ni.’
Keesokan harinya..
“ kak miya! Belum siap lagi ke?”
“yasai ramen belum siap lagi! Lina, kau hantarkan udon dekat
meja lapan dulu. Ren, kau tunggu kejap lagi. Miku dah siap ke kupas kentang
tu?” miya memandang ke arah aku.
“miku, kenapa pelik semacam ni? Apasal muka tu pucat sangat?
Temenung pulak tu.. miku tak sihat ke?”
“ah kak miya.. tak ada lah, miku Cuma tak cukup tidur je.”
“ tak cukup tidur? Takkan lah ni semua angkara si sombong
virginia tu? Sekali pandang je akak dah tau dia jenis suka membuli orang! Dia
ada pukul miku ke?”
“bukan macam tu lah.”
Memang semua ni angkara si virginia.
Semalam..
“aku dah siapkan semuanya, silalah berehat.”
“nanti! Siapa beri kebenaran kau keluar ha? Aku nak tidur
sekarang! Kau kena teman aku tidur dekat sini.”
“ kau ni... maaf.. aku tak boleh ikut permintaan kau..”
“ni bukan permintaan! Ni satu arahan! Kau wajib buat apa
yang aku suruh.”
“kau ni dah melampau! Aku tak akan ikut arahan kau secara
semberono je”
“jangan! Kau tak boleh keluar!” virginia menarik baju aku.
“cukuplah! Tak puas ke kau nak mainkan aku lagi?”
“bu.. bukan macam tu, aku Cuma tak berani tidur seorang.
Boleh tak kau teman kan aku sekejap.”
Kalau tengok dari sudut lain pun. Ianya tak ada beza dari
mendera.
‘sebab dia lah aku tak berani tidur sepanjang malam’
“miku pergi lah rehat sekejap.. sekarang ni pun tak ramai
pelanggan..” miya memberi aku kebenaran untuk berehat sekejap dan aku pun
berlalu untuk masuk ke bilik miya.
“apa ni? Album gambar? Ganjil betul bilik miku ni. Tak macam
bilik perempuan langsung! Rugi je aku
pura-pura buat kaki terseliuh.. terpaksa tinggal seorang dekat bilik kosong
ni..” virginia mula selongkar bilik aku.
“eh! Miku apa dia buat dekat sini? Patutnya sekarangkan dia
tengah sibuk dekat restoran? Nasib baik awal-awal aku dah pesan dekat dia
jangan kacau aku dekat dalam bilik kalau tak rosak rancangan aku nak menyiasat
dia! Apa je dia nak buat dekat bilik sebelah tu?” virginia mula memandang album
gambar semula.
“eh, ni miku masa kecil ke? Memang lah comel tapi nampak
macam budak lelaki je.. dekat sebelah ni julien ke? Rupanya diaorang ni rakan
sepermainan, tak sangka dah lama julien simpan perasaan pada miku.. tak patut!
Dengan miku macam lelaki budiman dengan aku dia layan macam sampah! Benci!
Benci! Lelaki tak berhati perut!” sedang virginia bermonolog sendiri kedengaran
ada seseorang masuk ke dalam bilik sebelah.
“cis! Apasal banyak sangat makluk masuk ke dalam bilik tu.
Ada parti ke apa dekat dalam tu? Eh apasal ada lelaki pula dekat sini? Macam
pernah jumpa je dia ni.. apa diaorang buat dalam bilik tu? Takkan lah
diaorang..” virginia mula terbayangkan yang miku sedang bermesra dengan lelaki
tersebut.
“agaknya inilah rahsia besar si miku.. kalau aku dedahkan
dekat julien.. mestilah julien akan kembali dekat aku..” virginia mula mengedap
ke dalam bilik sebelah.
“eh, tak nampak miku pun? Senyap je..” virginia mula
mendekati aku yang sedang lena tidur.
“eh, mamat ni.. bukan ke dia orang bisu yang aku jumpa
sebelum ni? Kenapa dia boleh ada dekat sini pula.” Virginia semakin rapat
dengan aku dan aku yang sedang lena terpeluk virginia tanpa sedar.
“ap..apasal tertiba je..” virginia kelihatan amat terkejut.
“de..dekatnya muka dia dengan aku..” muka virginia mula
memerah.
“aku tak perasan pun masa hari tu tahi lalatnya sama dengan
miku. Eh, bukan sama tapi...” virginia mengeluarkan gambar yang diambil dari album
aku.
“AKU DAH TAHU! KAU DENGAN MIKU NI SEBENARNYA ORANG YANG
SAMA! KAU SEBENARNYA LELAKI!!” jeritan virginia mengejutkan aku dari tidur.
“Wah! Kenapa ni?”
“jangan dekati aku miang!!” virginia membalingkan
barang-barang ke arah aku.
“nanti! Macam mana kau boleh muncul dekat sini? Bukan ke
kaki kau terseliuh? Bertenang dulu!” aku cuba menghentikan amukan virginia.
“diam! kau ni penipu besar! Aku mesti laporkan kepada
polis!!”
“ikut suka kau lah nak lapor kepada polis ke.. perdana
menteri ke.. aku tak kisah! Tapi sekarang boleh tak kau diam!!” aku mengengam
tangan virginia. Virginia mula terdiam.
“ha..! baru lah diam sikit.”
“kau.. kau mamat yang aku jumpa hari tu kan? Kau bukan bisu?
Kau miku kan?”
“alamak! Terlupa pula”
“miku ni lelaki?”
“virginia dengar penjelasan aku dulu..”
“miku, kau okay ke? Apa dah jadi ni?” julien, patio dan juga
miya muncul dari pintu bilik.
“eh!!! Apa.. apa korang berdua buat dekat sini?”
“julien! Semuanya telah terbongkar. Kau kena selesaikan
masalah kau dengan dia ni sendiri.”
“miku pembohong! Dulu kau janji nak tolong aku, sekarang
bila semuanya terbongkar kau nak lepaskan semuanya dekat aku..”
“kenapa? Ni kan masalah kau?”
“julien! Kenapa kau nak buat macam tu?”
“ma..maafkan aku virginia.. aku memang tak dapat bersama kau
lagi. Virginia aku bukan sengaja nak tipu kau. Aku tahu semua ni akan buat kau
terluka, tapi..”
“sampai hati kau
julien! Sanggup kau layan aku macam ni..” julien Cuba untuk menenangkan
virginia.
“jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu! Aku paling
benci manusia songsang macam kau!”
“apa!” julien terkejut. Manakala miya ketawa geli hati
mendengar dawaan virginia terhadapa julien.
“baik korang semua ketepi!” virginia terus berlari keluar.
“eh, bukan ke kaki dia terseliuh semalam? Ni semua salah
mamat lembab tu” kelihatan miya marah dengan julien.
“takkan la.. dia tuduh aku bernaluri songsang. Kenapa dia
boleh salah faham sampai macam ni pulak? Lepas ni mesti virginia akan sebarkan
dekat kawan-kawan dia semua pasal berita palsu ni. Habislah imej aku di
kalangan perempuan.” Julien seakan berkata-kata sendiri masih tidak percaya apa
yang dikatakan oleh virginia.
“sampai bila kau nak terkumat-kamit ni? Ni semua salah kau
tau tak?!”
Aku hanya mampu mengeluh dan aku berlari keluar mengejar
virginia.
“nanti dulu, virginia!”
“kenapa kau ikut aku? Tak payah lah kau pura-pura ambil
berat pasal aku.”
“tak.. aku sebenarnya nak minta maaf pasal semalam.”
“arghhh!!! Lembabnya aku ni sampai tak perasan yang kau ni
lelaki! Teruknya aku ni! Kau ni memang lah! Kenapa kau tak membantah masa aku
suruh kau lapkan badan aku!”
“aku dah bantah tapi kau yang tak terima.” Virginia menarik
baju aku.
“kau ni memang tak tahu jaga maruah perempuan! Kau cuba nak
ambil kesempatan ye? Cakap!!! Macam mana kau nak tebus dosa kau tu?”
“aku tak ada ambil kesempatan pun... masa tu aku dah tutup
mata... lagipun, aku dah pastikan tangan aku langsung tak sentuh tubuh kau..
jadi bukannya luak pun..”
“arghh!!! Ni bukan maksud aku! Jadi kau nak tolak semua
kesalahan dekat aku lah ni? Tak kisahlah kau ada niat tak elok ataupun tak!
Sekarang aku nak bagi amaran dekat kau. Kalau kau berani bocorkan cerita dekat
orang lain pasal semalam tu... aku janji aku akan sembelih kau lepas tu buat
sup!! Kau takkan pergi dengan aman!” virginia melepaskan leher aku dan mula
berlari pergi.
“kau ingat amaran aku baik-baik! Lepas ni jangan muncul
depan aku lagi...” virginia mula berlalu pergi.
“kejap, aku belum..” virginia datang kembali kepada aku.
“apa kau nak cakap lagi ha! Aku tengah cuba lupakan segalanya
tapi kau sengaja nak ingatkan aku semula ye?”
“kau ni tak boleh bertenang sikit ke? Aku Cuma nak tegaskan
walaupun kau tak percaya... aku dengan julien bukan songsang!” virginia mula
menangis.
“aku tahu.. dia Cuma gunakan kau sebagai alasan untuk kami
berpisah.. aku ni memang teruk sangat sampai boyfriend aku berusaha
bersungguh-sungguh untuk putuskan hubungan dengan aku! Padanya aku ni lebih
teruk dari seorang penyamar perempuan.”
Aku terus melekatkan dahi virginia dengan dahi aku.
‘apa dia buat ni?’
“janganlah risau.. kau mungkin gagal sekarang, tapi cinta
sejati milik kau pasti akan muncul juga nanti. Suatu hari nanti jejaka idaman
kau akan muncul di hadapan kau. Masa tu kau kena berusaha dengan sepenuh hati
supaya cinta tu tak akan terlepas lagi.” Virginia mejauhkan dirinya dari aku.
“tapi macam mana aku nak tau siapa cinta sejati aku.”
“bila kau terpandang akan rupanya, jantung kau akan berdegup
kencang. Mata kau terasa tak sanggup untuk memandang ke arah lain... bila kau
alami perasaan macam ni.. maknanya itulah cinta sejati kau.”
‘mengarut je semua ni! Aku baru je putus cinta tapi mengapa
aku sekarang tengah rasakan apa yang dia katakan ni? Alamak!!! Adakah ini
maksudnya... AKU DAH JATUH CINTA DENGAN DIA?!’ hati virginia berkata sendiri.
Act 2
Tak kira walau ke mana aku pergi, aku mesti akan menarik
perhatian orang ramai..
“cik virginia, kita dah sampai dekat restoran raku ramen.
Silakan turun... selamat jalan cik virginia.”
Cuma ada satu tujuan je bagi gadis jelita dan trampil macam
aku ni untuk datang ke tempat buruk macam ni..
“selamat datang ke restoran raku ramen! Silakan duduk!”
“kau lagi?! Buat apa kau datang lagi? Sejak minggu lepas dah
setiap hari kau datang ke sini tau tak? Nak cari pasal lagi ke?” miya marahkan
aku.
“patutlah kedai buruk ni bakal gulung tikar! Cara korang
layan pelanggan memang teruk habis!”
“orang yang datang dengan niat tak elok tak layak jadi
pelanggan aku!”
“sedap mulut kau mengata! Kau tu kutuk aku atau diri kau
sendiri?” aku dan miya mula bergaduh.
“jangan marah, kak miya.. biar aku layan cik virginia.
Selamat datang, silakan duduk dekat sini..”
Miku muncul! Dia lah tujuan sebenar aku ke sini setiap hari!
“cik nak makan apa hari ni?”
“emm.. biar aku tengok menu dulu..”
Aku ke sini semata-mata nak memastikan perasaan aku sendiri.
Entah kenapa, bila berhadapan dengan miku, jantung aku berdegup kencang
sampaikan aku tak mampu bernafas..seperti kejadian hari tu.. aku tak sangka pun
dia mempu buat ekspresi wajah sebegitu rupa. Sejak hari tu, aku tak dapat nak
tahan diri aku dari berjumpa dengan dia setiap hari.. aku ingin lihat semua
eksperesi wajahnya yang dia sorokkan dari orang lain!
“aku nak.. cha-shu ramen.”
“nak makan ramen? Bukan ke kau tak suka makanan panas? kak
miya! Cha-shu ramen satu! Sila tunggu sekejap”
Aku tak pasti sama ada ini cinta atau tak, tapi aku tak
boleh biarkan miku tau tentang perasaan aku ni. Sebab sebelum ni aku gilakan
sangat si julien sampai aku sanggup bergaduh dengan miku. Kalau la rahsia aku
terbongkar sekarang.. pasti orang akan tuduh aku ni perempuan tak tetap
pendirian.
“silakan cik. Cik virginia, kau masih tak nak lepaskan semua
hal ni ke? Rasanya dah cukup jelas aku ni bukan persaing cinta kau..”
Tambahan pula , miku masih sangkakan yang aku datang ke sini
setiap hari sebab rindukan julien.
“selagi julien tak terima aku semula. Aku akan tetap ke sini
setiap hari!” aku membuka bungkusan chopstick dan mula memegang mangkuk di
hadapan aku.
“eh? Apa ni? Sejuknya mangkuk kecil ni! Buat apa kau berikan
aku mangkuk ni?”
“ah! Kau dah terperasan ada mangkuk tu kan? Aku tau kau
takut panas, jadi aku dah sejukkan mangkuk ni dalam peti sejuk semalaman. Mula
sekali, kau ambil sedikit ramen lepas tu letakkan dalam mangkuk kecil
tu.mangkuk kecil ni boleh turunkan suhu ramen tapi rasanya takkan terjejas.”
“wahh!!! Sedapnya ramen ni! Sebelum ni aku tak dapat nak
nikmati keenakkannya sebab panas sangat!”
“sedapkan? Aku selalu perhatikan, kau memang ada masalah nak
makan makanan panas. Jadi aku fikir lebih baik aku buat hidangan khas ni untuk
kau.. supaya kau boleh makan dengan lebih senang. Betul tak?”
Demi aku?
“kau sambung lah kerja tu! Aku boleh makan sendiri..”
“miku~ tolong berikan kitaorang ramen daging... laparnya!
Yik!! Vir..virginia? kenapa kau muncul lagi? Apa kau nak hah?” julian dan juga
pitou muncul di restoran tersebut.
“ini semua sebab kau lah!”
“bertenang! Meh duduk dekat sini!”
“tadi korang pesan ramen daging kan?”
“miku sayang... maaflah miku! Sebab aku, kau terpaksa layan
si virginia tu setiap hari! Dia ada buli kau tak?” julien memeluk tubuh miku.
“miku, ada apa-apa kitaorang boleh tolong?” pitou menyiku
kepala julien.
“takpe lah, sebenarnya virginia datang ni bukan untuk cari
pasal. Jadi aku rasa dia Cuma datang sebagai pelanggan je. Walaupun sebelum ni
dia salah anggap aku ni pesaing cintanya, tapi sekarang kan dia dah tau perkara
sebenar. Mungkin dia nak berjumpa dengan julien, jadi sebab tu la dia datang ke
sini setiap hari.”
“apa? Tak mungkin la! Kalau aku penyebab, mesti lah hal ni
dah lama diselesaikan.. dia dah faham yang hubungan kitaorang dah tamat! aku
rasa mesti ada sebab misteri..”
“apa sebabnya?”
“entah lah.. mungkin sebab ramen dekat sini memang sedap dan
itu yang menarik virginia ke sini.?
“itu pun kira misteri ke?”
Aku dah dengar semuanya.
“ah! Aku dah tau! Ada kemungkinan besar yang virginia tu
sebenarnya dah jatuh cinta pada mi..”
“J.U.L.I.E.N!!! akhirnya dapat juga aku jumpa dengan kau!”
“wah!! Hantu!!”
Aku tak boleh biarkan mamat ni rosakkan rancangan aku.
“aku datang setiap hari ni sebab aku rasa rupa miku yang
bersolek ni ialah rupa gadis idaman julien! Aku nak belajar dengan miku, jadi
boleh lah aku ubah penampilan dan tawan hati julien semula..”
Wah!! Aku pun tak tau apa yang aku cakap ni! Tapi aku tetap
tak boleh biarkan sesiapa tahu perasaan aku pada miku.
“benarkan aku kerja dekat sini! Mungkin itu boleh buka hati
julien kalau dia nampak aku berkerja dekat sini.”
“tak boleh!” miya bersuara keras.
“kenapa? Aku janji akan kerja bersungguh-sungguh.. aku
takkan minta gaji pun! Aku hanya akan kerja sampai julien terima aku semula.
Tapi kalau julien tetap tak nak terima aku, aku akan pergi dari sini.”
“kalau macam tu, baik aku bagitau kau jawapan aku sekarang
jugak! Aku tak suka- wahhh!!!!” aku menerkam julien.
“julien.. baik kau fikir baik-baik sebelum berikan jawapan.
Kalau aku tak suka dengar jawapan kau tu... aku berjanji akan dedahkan pada
semua perempuan dalam dunia ni yang julien ialah lelaki songsang!”
“urr.. miku, aku rasa virginia memang ikhlas nak jadi girlfriend
aku. Tolong lah bagi dia satu lagi peluang.. aku.. aku kena pertimbangkan
betul-betul kali ni.”
“nanti! Aku tak setuju! Ini masalah peribadi korang berdua,
apa kene mengena dengan kedai aku? Korang nak main cinta ke, itu korang punya
pasal! Tapi jangan babitkan...”
“sudah lah tu. Biar la dia cuba dulu dekat sini. Miku akan
bertanggungjawap untuk menjaganya.”
“eh.. kalau miku dah cakap macam tu, akak pun setuju gak
lah..”
“tapi kalau kau cuba buat kacau, aku janji aku sendiri akan
campak kau keluar!”
“baik! Terima kasih banyak-banyak!”
“virginia, semoga berjaya.” Miku ucapakan aku semoga
berjaya. Aku hanya mampu terpaku.
“meh kita pergi cuba uniform kerja dulu..”
Tidak lama kemudian.
“siap pun..”
“macam mana? Agak-agak kau tertawan tak?”
Wahh!!! Cantiknya... kenapa aku tak terfikir pun sebelum ni?
Kalau miku buat rambut macam ni juga mesti cantik kan.?” Julien mula merapu
kembali. Miya terus menduku kepala julien.
“warghhh!!! Aku bergurau je! Tolong jangan pukul aku!”
“tak kisah lah macam mana pun, jangan timbukan masalah bagi
aku. Faham?!” miya menegaskan kembali perkara tersebut.
Walaupun sekarang aku dapat jumpa miku setiap hari tapi aku
tak pernah buat kerja macam ni. Pedulikan semua tu! Demi cinta baru aku. Aku
akan berjuang!
“miku~..”
“sakit ke ? meh sayang..” miku mengosok-gosok kepala julien
yang berbenjol.
Walaupun aku tahu kerja tu sukar tapi ini lebih teruk
daripada jangkaan aku.
“yasai ramen dah siap! Tolong hantarkan untuk meja no.3! woi
virginia! Kau tak dengar ke aku cakap ni? Cepat hantarkan ramen ni!”
“baik!”
Aku takut panas.. baru setakat lap meja tapi tangan aku dah
jadi merah-merah dan sakit.. macam mana aku nak angkat mangkuk panas ni?
“ADUH!! PANASNYA!!”
“virginia! Apa kau buat dekat situ? Ramen tu dah nak tumpah
tau tak?”
“bahaya betul tadi..”
“kak miya, biar aku tolong hantarkan ramen ni.. biar aku
tolong angkatkan. Jangan berdiri dekat situ je.. cepat sejukkan tangan kau
dengan air paip. “ miku berlalu membawa ramen untuk pelanggan.
“maaf sebab lama menunggu! Ni yasai ramen yang cik pesan
tadi.”
Miku... dia ambil berat pasal aku.
“selamat datang...”
“hai, miku!”
“Apalah budak sombong tu? Langsung tak pedulikan aku!”
“eh, amy..”
“wah! Cantiknya..”
“wei! Siapa budak sombong tu? Macam rapat je dengan miku..”
aku bertanya kepada ren.
“oh.. dia tu amy. Dia dah lama tinggal dekat kawasan ni.
Sejak kecil lagi dia selalu datang cari miku. Sebab amy tak ada abang dan dia
anggap miku tu macam anangnya sendiri.
Huh! Takkan lah abang dan adik semesra tu.
“tepi aku nak hantar minuman ni!” aku sengaja meletak cawan
dengan kuat supaya baju si amy basah.
“apa.. kau ni memang sengaja nak basahkan uniform sekolah
aku kan? Apa sikap kau ni?”
“minta maaf, amy! Aku tolong lapkan...”
“wah! Abang miku..”
“jangan nak berpura-pura lagi! Kau ambil je duit aku ni!
Duit ni cukup untuk beli kain uniform yang lagi bermutu dari kain guni yang kau
pakai sekarang! Berambus sekarang juga!”
“kau.. kau ni gila! Jom kita balik! Aku takkan datang lagi
ke restoran buruk macam ni!”
“hei! Nanti, jangan pergi!! Kenapa jadi macam ni? Virginia!!
Apa kau dah buat dekat diaorang tadi?! Kau ni nak jadi pelayan ke atau nak
tolong halau semua pelanggan kita!!”
“ap..apasal nak marah sangat? Itu kacang je.. aku akan
gantikan kerugian korang.. nak berapa?”
Miku yang dari tadi senyap menarik tangan aku.
“mungkin wang ni punca keyakinan kau, tapi aku nak kau
faham.. tak kira berapa banyak pun wang kita ada, ia tak kan dapat gantikan
kepercayaan orang lain pada kita.”
Aku dapat melihat lagi ekspresi barunya di hadapanku.
“maruah seseorang manusia tu bukan terletak pada harta
benda. Cuma orang tak reti bahasa je yang tak faham teori ni! Nampaknya kerja dekat sini
tak sesuai langsung dengan kau, cik virginia! baik kau balik je la.”
Tapi kali ni jantung aku langsung tak berdebar-debar. Sebaliknya
badan aku tiba-tiba jadi kaku sampaikan langsung tak boleh bergerak.
“selamat pulang, cik virginia. Makan malam dah tersedia. Cik
virginia, hari ni ada mesej dari tuan.. tuan dan puan maklumkan yang mereka tak
sempat nak pulang ke rumah hujung bulan ni. Walaupun dah dua bulan tak
berjumpa, mereka sangat rindukan cik.jadi mereka harap cik boleh faham keadaan
mereka yang sibuk bekerja. Duit poket cik pun dah dipindahkan dalam akaun
cik..”
“sudah!! Suka hati korang la nak buat apa-apa pun! Keluar
semua dari bilik aku! Aku tak nak jumpa sesiapa pun!”
“cik..”
Aku terus menagis di katilku. Kenapa semua orang nak
tinggalkan aku.. kenapa semua orang bencikan aku? Cuma wang lah satu-satunya
kelebihan aku..
“okey! Tak nampak target! Jom masuk! Safe! Kena berhati-hati,
nanti mungkin target akan tertarik dengan suara aku.. sikit lagi je.. dah nak
sampai ke sasaran..”
“kau nak bercosplay pencuri ke hari ni? Nak aku heret kau
pergi balai polis?”
“wah! Jangan! Aku tak bersalah! Siapa cakap aku ni takut
kalau bertembung dengan virginia dan sebab tu lah aku pakai macam ni?”
“kau sendiri yang cakap”
“dia menyorok dari virginia sebab takut kena marah lagi..”
“oh~”
“target masih belum kelihatan..”
“kau tak perlu bimbang! Kau takkan dapat jumpa virginia
dekat sini dah buat selamanya.”
“yik! Kenapa pulak? Akhirnya dia dah putus asa ke?”
“kalau nak tahu lebih lanjut, kau kena lah tanya miku sebab
dia yang halau virginia keluar semalam.
“wahh!!! Apasal ada miasma(aura buruk) berkumpul dekat
sana?”
“bahaya!!!”
“alamak!!! Miku dah terjerumus dalam miasma yang dahsyat
tu!”
“siapa mamat tu? Ni bukan miku yang kitaorang kenal!” julien
menangis ketakutan.
“miku?”
‘pasal semalam tu.. aku dah melampau sangat ke? Walaupun
memang betul virginia berkasar dengan pelanggan, tapi bila ternampak wajahnya
yang hampir menangis tu aku pulak yang rasa serba salah.’
“miku dalam bahaya! Kita kena pergi selamatkan dia! Urgh!!!
Miku, kau tak payah salahkan diri sendiri! Aku dah dengar semuanya dari miya. memang
virginia yang salah! Dia langsung tak tahu hormati orang lain! Miku, kau jangan
sedih!biar aku temankan kau buat selama-lamanya. Jangan pedulikan virginia tu
lagi!” julien memeluk miku.
“woi! Kau layak ke nak cakap macam tu? Sebenarnya layan
virginia tu kerja kau kan?”
“ada aku kisah? Virginia dengan aku dah jadi sejarah, faham?
Dia dah tak ada kaitan dengan aku lagi! Lagipun orang kaya macam virginia tu
datang sini jadi pelayan olok-olok je! Halau dia keluar pun tak de masalah la!
Dia pergi memang bukan sebab miku..”
‘dia tak biasa dengan kerja kasar.. jadi tangannya dah merah
dan luka-luka. Tapi dia masih tetap teruskan kerja.. macam ni ke kalau dia
sekadar nak berolok-olok?’
“cik virginia? Kenapa kaku je? Dah sampai giliran cik ni!”
“dah lah! Aku tak nak main lagi?”
“eh? Apasal? Kita kan baru je mula main?”
“lagi dua kad, boleh lah menang ni..” aku bermain kad dengan
beberapa maid di rumah ku. Entah kenapa aku berasa kosong sejak aku berhenti
kerja di restoran raku ramen.
“cik virginia ni asyik termenung je sejak balik semalam..
ada apa-apa terjadi ke?” aku hanya mampu menghelakan nafas yang panjang.
“ah! Aduh..” aku terasa sakit di tangan ku apabila aku ingin
mengangkat cawan coffeku.
“apasal tangan cik luka macam ni? Biar saya tengok kan..”
“saya memang cuai! Maafkan saya, cik... jari-jari semua dah
merah dan bengkak... tak perasan punn..”
Ding dong!
“Rasanya ada tetamu datang.. biar saya bukakan pintu.”
Aku sendiri dah terlupa pasal sakit kat tangan aku sebab
sakit dekat hati ni lebih dalam dari luka fizikalku.
“cik virginia!! Tengok lah siapa yang datang ni”
Takkan lah...
“tengok! Tuan albert dah datang untuk jumpa cik!”
“selamat pagi... harap awak sukakan bunga ni. Saya habiskan
masa lama tau pilih bunga yang terbaik dekat kedai bunga tadi..”
Aku memang tak guna..
“cantiknya.. terima kasih..”
Tak mungkin miku akan muncul dekat sini.. dia bukannya tahu
alamat rumah aku.
“biar saya ambil bunga ni.”
“sila duduk tuan albert.”
“saya datang ni sebab nak minta maaf sebab dah berkasar
dengan awak hari tu.”
Lagipun, miku dah bencikan aku sekarang..
“tapi sebagai boyfriend awak,saya bertanggungjawap untuk
lindungi awak.. saya harap lepas ni awak jauhkan je lah diri awak dari golongan
kasta rendah tu. Saya langsung tak boleh terima bila awak anggap orang macam tu
sebagai boyfriend atau kawan! Diaorang memang tak setarap dengan status awak,
virginia!”
Bagaikan halilintar memecah gegedang telinga aku. Aku terus
bangun dari duduk ku dan menepuk meja.
“tutup mulut kau! Kau ingat kau ni bijak sangat ke? Asyik
pandang rendah dekat orang lain! Kau ni memang lelaki paling keji aku pernah
jumpa seumur hidup aku! Tak tau nak hormat orang lain, lembap tapi perasan
bijak! Kau ni la sampah masyarakat sebenar yang Cuma tahu habiskan duit ibu
bapa kau je! Keluar dari rumah aku sekarang! Jangan bagi aku nampak muka kau
lagi!”
“kenapa awak bercakap macam samseng..” albert menarik tangan
aku.
“jangan sentuh aku!”
“nanti! Saya ni kan boyfriend awak..”
“kita ni Cuma ada hubungan sebab ibu bapa kita! Aku langsung
tak suka kau!”
“berani awak tolak saya sebab lelaki yang miskin dan
berstatus rendah tu..”
“walaupun dia miskin, tapi dia lebih kuat dari kau!!! Lelaki
hampeh yang hanya tahu menurut perintah ibu bapa!!” aku tertolak albert sampai
dia terjatuh.
“wah!! Tuan albert!”
“berani awak hina saya! Saya akan adukan pada ibu bapa saya
lepas ni! Awak akan menyesal satu hari nanti!” albert terus berpusing dan ingin
berlalu pergi.
“siapa yang halang laluan aku ni?! Kau rupanya...!” albert
kelihatan terkejut.
“eh? Siapa kau ni?
Siapa benarkan kau masuk?”
“maaf.. ah.. aku nampak pintu tu tak tertutup. Aku cuba
panggil tapi tak ada orang jawab.. jadi aku masuk sendiri..”
Miku...?!
“oppss!! Saya terlupa tutup pagar tadi.”
“miku... kenapa kau datang ke sini?”
“tak guna! Aku takkan lepaskan korang!” albert berlalu
dengan perasaan marahnya. Aku pula terkejut dengan kemunculan miku.
“aku datang sebab nak jumpa kau, virginia. Ni ubat untuk
luka dekat tangan kau tu.. sakit lagi ke?”
Alamak! Kenapa si miku ni tiba-tiba je muncul? Dah lah
rambut aku tak terurus, pakaian pun biasa je.. memang nampak tak molek!
“biar aku tolong sapukan ubat ni dekat tangan kau... aku
rasa kau pun tak pernah jumpa ubat macam ni.. meh tangan.” Miku mengambil
tangan aku dan mula menyapu ubat.
“eh! takyah lah.. aku boleh sapu sendiri..”
“teruk jugak lukanya.. jangan bimbang luka macam ni takkan
kekal lama..”
Miku ni.. dia tetap layan aku dengan baik.. wah~~ lebatnya
bulu mata miku ni... alamak! Dah terlebih ni!
“minta maaf, virginia.. aku tahu aku dah melampaui batas
semalam.. aku tak sepatutnya marah dan halau kau keluar macam tu je. Aku tahu
kau dah berusaha bersungguh-sungguh sampai terluka tangan sendiri..tapi aku
pulak dah sakitkan hati kau..”
Alamak! Aku dah terenung muka miku lama sangat lagi! Apa dah
jadi dengan aku ni!
“virginia? Kau rasa tak selesa ke? Dari tadi muka kau asyik
nampak merah je..”
“wahh!! Tolong jangan dekati aku! Miku, sebenarnya kau tak
perlu minta maaf!! Aku tahu sikap buruk aku ni dah bawa banyak masalah pada
korang!sejak kecil lagi aku dah tinggal dekat sini. Ibu bapa aku ialah
pengerusi dan naib pengerusi sebuah syarikat besar. Setiap hari, diaorang sibuk
sangat dengan kerja sampaikan jarang balik ke rumah. Satu-satunya perkara yang
diaorang ada untuk lindungi aku ialah wang. Masa aku msih kecil, memang lah aku
gembira sebab aku mampu beli apa saja yang aku idamkan tapi lama kelamaan aku
dah faham.. wang sebanyak mana pun masih tak mampu nak ubati kesunyian aku..
jadi aku dah biasa gunakan wang untuk dapatkan apa saja.. termasuk lah membeli
cinta. Lepas aku berjumpa dengan korang, aku dah faham dimana kekurangan aku.
Kemesraan antara korang tu buatkan aku cembura sangat. Walaupun aku kaya wang,
tapi aku miskin teman. Aku memang tau, wang tak dapat beli segalanya.. tapi..
aku tak tau apa lagi yang mampu aku lakukan.. jadi semalam aku dah terbuat
perkara yang tak elok tu lagi.. em.. tangan aku dah okey.. aku janji, aku
takkan muncul dan buat kacau dekat kedai korang lagi.”
Jadi di sini saja hubungan kita..
“kalau kau gembira bekerja dekat kedai kami.. apa kata kau
datang semula bekerja?”
“eh...?!”
Apa!!!
Miku bawa aku ke restoran raku ramen kembali...
“datang semula?!”
“apa dah jadi ni? Kenapa jadi macam ni pulak?”
“jangan risau! Virginia dah insaf.. sekarang dia dah jadi
kawan kita.”
“maaf sebab susahkan korang sebelum ni..”
“siapa ni? Virginia yang aku kenal takkan minta maaf! Aku
nak pengsan..”
“miku, kau dah fikir masak-masak ke tentang keputusan kau
ni?”
“em! Demi percintaannya, virginia akan berusaha
bersungguh-sungguh bekerja.. betul tak?”
“em!”
“demi percintaan?! Itu kan dah tamat? Dah bermula semula
ke?” julien kelihatan amat terkejut melihat aku kembali semula bekerja di
restoran raku ramen.
Kerana mikulah aku boleh bekerja semula dekat sini!
Kehidupan aku dah tak sebosan dulu dan boleh lah aku jumpa miku setiap hari..
“miya, dua mangkuk ramen!”
“yasai ramen siap!”
“mungkin aku boleh cuba hantarkan dekat pelanggan..”
“tak boleh! Kau pergi lap meja tu!”
Sebab takut tangan aku terluka lagi, miku dah larang aku
hantar makanan dekat pelanggan. Walaupun miku masih lagi menyangka aku ni
sukakan julien. Tapi dia layan aku dengan baik.
Tiba-tiba aku terasa macam orang sentuh belakang aku!
Tadi..tadi dia tu sengaja nak sentuh aku ke?! Mana ada orang
macam ni?! Diaorang tu.. memang sengaja!!!
“virginia! Cepat pergi ambil pesanan!”
“se..selamat datang ke raku ramen. Nak pesan apa?”
“comel betul bila dah tengok dari dekat ni! Kitaorang nak
order kau, boleh tak?”
Hmph... mamat jahat ni!!!
“boleh tak kitaorang ambil gambar kau dengan handphone ni?”
“ini ramen yang di pesan.”
Miku muncul di meja sebelah. Aku tak boleh buat kacau lagi
dekat sini! Kalau tak, miku akan halau aku keluar sekali lagi! Aku kena
bersabar dan tak boleh marah walau macam mana pun!
“haha.. maaf, aku tak dapat dengar.. apa pesanan korang
tadi?”
“kitaorang nak order kau lah.”
“takde jual!! Boleh tak korang pesan makanan biasa je?!”
Setiap hari lepas kerja, miku akan temankan aku sementara
menunggu pemandu aku datang.
“virginia, kau okey ke? Apa apa-apa masalah?
“eh?! I`m fine, very fine! Takde masalah pun! Miku, kenapa
kau tiba-tiba je tanya macam tu?”
“baguslah.. kalau ada masalah, kau mesti cepat-cepat bagi
tau aku, okey?”
Tak guna! Takkan lah miku tahu aku hampir bergaduh dengan
pelanggan miang tu tadi?
“sebenarnya aku risau jugak sebab aku yang minta kau datang
balik bekerja dekat sini.. aku tak pasti sama ada kau betul-betul rela atau
tak.. aku takut mungkin permintaan aku ni jadi satu beban untuk kau. Tak kira
lah macam mana pun, kau memang tak sesuai dengan tempat macam ni..”
“bu.. bukan macam tu! Aku rasa gembira sangat sebab dapat
datang dekat sini setiap hari! Korang dah ajar aku banyak perkara!”
Tapi.. ah! Kereta kau dah sampai pun”
“miku, jangan risaukan aku! Setiap hari di sini buatkan aku
rasa gembira sangat. Terima kasih, miku!”
“em! Kita jumpa lagi esok. Selamat malam virginia.”
“em! Jumpa esok! Bye bye~”
Miku tak tahu.. dia Cuma temankan aku tunggu pemandu aku
datang dan ucapkan, selamat malam.. tapi itu dah cukup buatkan aku rasa bahagia
sangat hingga segala kesedihan aku bagai hilang dibawa angin. Aku harap keadaan
begini akan berterusan selamanya.
“walaupun dah lancarkan kempen promosi gadis pelayan cantik
dan jualan pun dah meningkat tapi keuntungan ni masih belum cukup untuk kedai
ni terus berniaga.” Miya mengeluh sendirian sambil mengira hasil jualan kedai.
“jangan putus asa! Percayalah miya mesti boleh punya!”
“teruskan berusaha!” para pekerja memberikan sedikit
semangat kepada miya.
“baik lah! Mulai sekarang kita tak boleh kehilangan pelangan
walau seorang pun! Kita kena berusaha!”
Habis lah! Lelaki miang semalam tu datang lagi!! Aku kena
menyorok sebelum diaorang jumpa aku.
“selamat datang ke restoran riku ramen , silakan duduk!”
“kitaorang nak awek tu yang ambil order kitaorang!”
Biadab betul!!
“selamat datang ke restoran riku ramen. Apa pesanan korang
hari ni?”
Aku kena sabar...
“le..lepaskan tangan aku! Apa korang nak buat ni!”
“wah kecil betul tangan kau ni!”
“haha! Comel jugak mukanya bila malu!”
“jangan lah malu-malu! Kitaorang cuma nak berkawan je!”
Tak guna... lelaki miang! Aku dah tak boleh bersabar lagi...
Tiba-tiba air tumpah ke atas kepala lelaki yang memegang
tangan aku..
“mi..miku?!”
“kalau korang datang sini semata-mata nak pikat perempuan,
biar aku temankan korang. Boleh tak lepaskan tangan dia sekarang?!” kelihatan
muka miku yang bengis.
“ti..tingginya awek ni.. suara pun garau macam lelaki..”
“cepat lari..” lelaki tersebut terus pergi meninggalkan
restoran.
Miku.. tadi dia dah lindungi aku.
“miku, aku..”
“virginia, ikut aku kejap!”
“eh?”
“kak miya, kitaorang pergi belakang kedai kejap!”
“eh! Apa dah jadi ni?”
“miku.. kenapa diam ni? Apa kau nak cakap dengan aku? Tadi..
aku nak jelaskan.. bukan aku yang mulakan.. bila kau asyik diam je, aku rasa
bersalah sangat. Diaorang sengaja datang untuk cari pasal dengan aku.. aku dah
cuba bersabar!”
“kalau kau memang tahu diaorang tu datang cari pasal, kenapa
kau tak melawan masa diaorang pegang tangan kau?” miku memarahi aku sambil
membuka apronnya.
“sebelum ni kan kau dah marah aku sebab aku layan pelanggan
dengan buruk.. jadi aku buat semua ni demi menurut kata-kata kau je!”
“walaupun kau tahu diaorang tu berniat jahat, kau layan
jugak disebabkan aku?” miku memandang aku dengan pandangan yang tajam dan
membuka rambut palsunya.
“kau ni dah salah faham. Phu~~ menyesal aku panggil kau
kerja semula dekat sini..”
“maksud kau.. kau nak halau aku lagi? Aku dah cuba ikut
segala kakta-kata kau! Aku dah cuba ubah segala sikap buruk aku! Kenapa kau
masih bencikan aku?!”
“bukan macam tu.. aku tak bencikan kau la! Dengar lah cakap
aku dulu..”
“aku tak nak dengar! Kau memang bencikan aku!”
“virginia, cuba kau bertenang dan dengar sini! Percaya lah
aku tak pernah bencikan kau. Kau tak perlu berada dekat sini.. selama ni kau
hidup terlundung, jadi kau tak pernah tahu
bahaya hidup dekat dunia luar.. kalau kau jujur dengan julien, mesti dia
akan berikan respons yang jujur juga. Kau tak semestinya kena kerja dekat
sini.”
“kau tak faham! Sebenarnya aku kerja dekat sini kerana...”
Aku dah tak boleh fikir macam mana nak hidup kalau tak dapat
jumpa kau lagi..
“virginia! Dengar cakap aku ni.. you don`t belong here.”
“tak nak! Kau langsung tak faham perasaan aku ni , miku!
Orang yang aku sukakan bukan julien tapi kau!”
“virginia..? apa kau cakap tadi?”
“aku sebenarnya sukakan miku! Aku Cuma gunakan julien je...
aku dah faham hubungan aku dengan julien dah lama berakhir. Tapi aku tetap
datang ke sini, Cuma bukan deminya.. aku Cuma nak jumpa kau.. sebab setiap hari
aku terbayang wajah kau je..”
Aku menagis tersedu-sedu di dada miku.
“cukup lah tu virginia..”
“Walaupun hanya sebaris ayat pendek dari kau, aku akan fikirkan tentangnya
sepanjang hari.. aku tak mampu nak nafikan perasaan aku ni..”miku menutup mulut
aku dengan tangannya.
“virginia, jangan teruskan lagi.. semua ni memang pelik bagi
aku! Kau ni kan girlfriend julien..”
“aku dah kata, hubungan kitaorang dah lama tamat.”
“aku tahu, tapi aku rasa pelik sangat.. sebelum ni pun kau
masih lagi berusaha untuk tawan balik hati julien. Kenapa tiba-tiba je sukakan
aku? Kau siap anggap aku ni musuh.. macam mana aku nak percayakan semua tu.?”
“aku sendiri pun tak faham kenapa tapi aku tak boleh nak
kawal perasaan aku tu!”
“cukup virginia! Semua perasaan cinta kau terhadap aku ni
Cuma salah faham je! Cuba kau berikan satu alasan supaya aku boleh percayakan
kau!”
“suka.. tak boleh jadi alasan ke? Aku tahu kau mesti anggap
aku ni perempuan gatal dan tak tahu malu.. sudah lah ditinggalkan bekas
boyfriend, lepas tu terus jatuh cinta dengan lelaki yang pernah dianggap
pesaing cinta aku.. aku ni memang lembab dan tak tau malu.. kelakar kan?”
“aku tak fikir macam tu, virginia.”
“lepaskan tangan aku! Jangan layan aku dengan baik lagi!
Walaupun kau tak sukakan aku, tapi kau tak berhak nafikan perasaan aku ni!”
“virginia, sebenarnya aku...” aku terus berlari pergi tanpa
mendengar apa yang miku ingin katakan.
“jangan pergi lagi!!!”
Mungkin ini lah cara terbaik untuk tamatkan semuanya.
Beberapa hari kemudian..
“warghh!!! Miasma yang lagi teruk berbanding hari tu!”
julien dan pitou muncul di restoran raku ramen.
“miku! Apa dah jadi ni? Jangan takut, julien ada dekat
sini!” miku terus menyiku muka julien yang cuba mendekatinya.
“APA! Miku pukul aku! Dia tak pernah berkasar dengan aku..”
“aku rasa memang patut dia pukul kau..”
“pitou! Kau memang tak ada hati perut! Kau bencikan aku ke?!
Aku dah faham! Mesti sebab miya paksa miku menyamar jadi perempuan.. jadi miku
dah marah!”
“apa kau cakap!!!”
“perempuan lembap!”
“lelaki miang!”
“jangan pedulikan diaorang! Miku, jom kita keluar kejap.
Kalau kau terus dekat sini pun, kau tak boleh tumpu perhatian bekerja. Jom kita
bincang dekat luar.” Pitou membawa miku ke taman berdekatan.
“masa aku dengar luahannya pun aku terkejut sangat. Aku
cakap dekat dia, ini semua salah faham je.. akhirnya virginia pergi sambil
menangis..”
“aku langsung tak tau nak selaikan masalah cinta..”
“pitou.. boleh ke orang jatuh cinta dekat orang lain sebaik
saja berpisah?”
“err.. mungkin kot! Tapi aku sendiri tak pernah rasai
perasaan macam tu selama ni. Entah lah..”
“aku rasa.. tak kira lah aku rela atau tak, kau akan
sentiasa terfikirkannya. Bila terfikirkan pasal orang tu je, jantung kita akan
berdegup kencang tapi bila orang tu dekat depan mata, kita akan rasa stress
sampaikan jantung terhenti berfungsi..”
“hee... kau sendiri pun dah faham kenapa kau bad mood tadi
kan?”
“tapi dia tu bekas
girlfriend julien..”
“APA!! Miku dah jatuh cinta dengan virginia! Tak mungkin!!!”
“biar betul!” julien dan juga miya muncul dari belakang
pokok.
“curi dengar ni memang perbuatan orang tak bermoral..”
“ada aku kisah? Pulangkan miku aku!!”
“miku tak pernah pun jadi kepunyaan kau..”
“aku nak bunuh kau!” julien dan pitou mula bergaduh.
“maaf lah sebab mengendap korang tadi.. aku sebenarnya nak
berikan kau surat ni!” miya menyerahkan sepucuk surat kepada miku.“baru kejap
tadi posmen hantarkan surat ni..
Miku membuka surat tersebut.
“nampaknya pemilik kedai ramen kita ni dah bertukar! Ada
orang lain dah beli kedai kita baru-baru ni..”
“apa? Maksudnya tuan kedai baru ni nak naikkan sewa ke?”
miya kelihatan amat rungsing.
“tak lah.. tuan kedai baru ni nak kita berhenti berniaga dan
pindah sekarang jugak!” mereka terpaku.
“kurang ajar!! Ni mesti angkara virginia! Kan miku dah tolak
cintanya? Ni lah cara dia nak balas dendam!”
“jangan merepek! Kita belum ada bukti kukuh..”
“tak mungkin aku silap! Ini memang cara si sombong tu
bertindak!”
“memang lah tak baik kita fikir macam tu tapi selain dari
virginia, siapa lagi yang cukup kaya untuk buat macam ni..” miya pun ingat tu
kerja aku.
“aku pergi tanya dia sekejap..”
“miku?”
“aku nak ikut!”
“alright!!! Biar semua pergi tengok macam mana miku
menentang perempuan sombong tu!” mereka berempat terus menuju kerumah agam ku.
“eh? Apasal korang semua datang sini? Ada kecemasan ker?”
“jangannak berpura-pura tak tahu! Kau ni memang melampau!
Kenapa kau sanggup aniaya miku sampai dia
tak boleh berniaga?” julien terus memarahi aku.
“woi! Jaga mulut kau tu!” salah seorang maid ku cuba
melindungi aku.
“aku dah cukup jelas dengan perangai kau tu! Kau memang suka
gunakan wang untuk susahkan orang lain!”
“apa? Aku tak...”
“miku! Cakap lah sesuatu!”
“miku.. kau pun tak percayakan aku ker?”
“tak.. sebenarnya aku nak tanya pasal lelaki yang aku jumpa
dekat sini hari tu.”
“apa kau cakap? Kau langsung tak syak virginia yang buat
ke?”
“tak lah. Kan aku dah cakap, aku nak tanya virginia pasal
lelaki tu..?”
“kenapa kau tak jelaskan tadi? Siapa lelaki yang kau cakap
tu?”
“orang yang korang tu cakap tu.. albert ke?”
“haha! Betul! Aku dah beli kedai korang! Sekarang baru kau
tau kehebatan aku kan? Aku nak hapuskan segala persaing cinta aku!” albert!
Seorang lelaki yang perasan dia ni boyfriend aku dan suka tiru gaya lelaki yang
disukai oleh aku.
“albert! Kenapa kau nak buat semua tu!”
“kenapa gaya rambutnya macam miku? Kelakar betul!”
“aku nak dia tahu, dia memang tak boleh nak lawan aku!
Virginia tu milik aku! Percaya lah virginia! Tinggalkan je mamat miskin tu!
Tengok! Senang je saya boleh jadi dia tapi dia takkan mampu jadi saya seumur
hidup dia!”
“albert.. kalau aku dah sakitkan hati kau sebelum ni.. aku
minta maaf. Kau boleh salahkan aku tapi
miku.. bukan boyfriend aku. Aku harap kau lepaskan diaorang.. dan kedai ramen
tu!”
“nanti virginia, kau tak perlu..”
“miku.. aku rasa gembira sangat sebab kau tak syaki aku
langsung. Walaupun kita tak dapat jadi kekasih, aku harap sekurang-kurangnya
aku dapat tolong kau.. sebagai seorang kawan.”
“Albert, aku tahu aku dah layan kau dengan buruk..tapi mulai
sekarang, aku akan berfikir secara matang tentang hubungan kita. Aku percaya,
hubungan kita akan jadi rapat lepas ni..”
“kalau macam tu.. okey lah! Saya akan ikut je apa awak
cakap!”
Tiba-tiba sejumlah wang tercampak di hadapan muka albert
“ambil je la semua wang ni! Ambil je lah kedai tu kalau nak!
Tapi kau kena janji jangan muncul depan girlfriend aku lagi!”
“girlfriend?! Berani kau.. kau ingat kau ni siapa?” miku
terus menolak albert jatuh dan menarik baju albert.
“lagi satu, jangan sesuka hati nak tiru gaya rambut aku
kalau kau tak nak aku botakkan kepala kau tu.. kalau kau masih kacau girlfriend
aku lagi lepas ni, aku janji aku akan sembelih kau!”
Aku tak pernah tahu miku ada ekspresi sebegini.. bila
terfikirkan semua ekspresi kacaknya semata-mata demi melingi aku.. dah cukup
buatkan kaki aku lemah dan tak mampu bergerak.
“nanti kejap, miku! Ke mana kita nak pergi ni? Percaya lah,
aku boleh minta albert pulangkan kedai tu dekat korang.”
“aku dah cakap. Jangan jumpa dia lagi!!!”
“miku hari ni kau pelik betul! Mana kau dapat duit tu
semua?” miku berhenti dari menarik aku.
“miku yang aku kenal takkan campakkan wang ke wajah orang
lain..”
“wang tu sebenarnya milik kau virginia. Sebelum ni kau ada
tinggalkan wang yang banyak kat kedai aku, ingat tak? Aku dah lama nak
pulangkan duit tu dekat kau.. tapi bila terfikir aku tak dapat jumpa kau lagi
lepas aku pulangkan wang ni, aku lak jadi takut.. aku sendiri pun tak faham perangai
aku ni nampak pelik.. sejak aku minta kau kembali bekerja dekat kedai ramen
hari tu, aku tau aku dah semakin pelik sampai la ke hari ni..”
Sekarang miku nampak malu-malu, macam seekor kucing yang
comel dan buatkan orang nak sangat menyayanginya.
“tapi kau dah tolak aku, kenapa sekarang..? kenapa kau takut
tak dapat jumpa aku lagi?”
“suka.. tak boleh jadi alasan ke? Masa kau luahkan cinta
kau, aku sebenarnya rasa gembira sangat.. tapi aku rasa takut..”
“takut?”
“aku takut kau Cuma anggap aku ni pengganti julien je.. aku
takut, kau masih anggap julien lebih baik berbanding aku.. aku Cuma nak kau
bahagia, walaupun tanpa aku di sisi.. tapi bila aku nampak kau nak terima
albert, aku jadi takut.. aku tak paksa kau sukakan aku, kalau kau tak sudi, aku
tetap akan sokong kau..”
“jangan nafikan perasaan aku pada kau! Kan aku dah cakap
hari tu?” aku mendekatkan dahinya dengan dahiku. Kini aku mampu tersenyum manis
semula.
“urr.. miku aku..” julien, pitou dan juga miya mencuri dengar
perbualan aku dengan miku dari belakang pokok.
“berpisah dengan virginia ialah satu-satunya perkara terbaik
kau lakukan.”
“aku tak buat apa-apa! Kalau aku tau virginia akan jadi
macam ni. Jangan harap aku akan lepaskan!”
“tak sangka akhirnya jadi macam ni.” Miya tersenyum dan mula
berlalu pergi.
“kau ni tak apa-apa ke? Kedai kau akan tutup, kau dah tak
dapat mencapai impian kau dah.”
“sejak awal-awal lagi. Niat bapa membuka kedai ni ialah demi
memberi kebahagiaan pada pelanggannya.. walaupun kedai kami terpaksa bungkus,
tapi kiranya niat bapa dan aku dah tercapai, kan?”
Lepas kejadian hari tu, aku dan miku sudah menjadi pasangan
kekasih yang bahagia. Aku beranikan diri untuk berterus terang dengan ibu bapa
aku dan syukur lah mereka tak membantah. Albert dah tak datang cari aku lagi.
Apa yang mengejutkan, kedai tu akhirnya dibeli oleh bapa aku. Miku dan miya
pulak boleh terus berniaga dengan harga sewa yang sama tapi diaorang bagi
syarat. Miya dan miku wajib capai target keuntungan dalam masa tiga bulan. Bapa
akan terus benarkan diaorang berniaga..
“kan aku dah cakap. Jangan rushing? Aku kan free hari ni..”
Kacaknya miku hari ni..
“heee.. siapa tahu! Kan kedai ramen ada projek baru.. aku
ingatkan mesti kau sibuk!”
“julien dengan pitou dah setuju nak gantikan kerja hari ni..
kau nak ke mana sekarang?”
“biar aku fikir..”
“apa kata kita pergi tengok wayang?”
“tak nak”
“okey! Meh kita gi shopping dan makan sama-sama”
“tak mau..”
“emm.. susahnya nak cari tempat dating ni..”
“hehe.. aku ada idea bagus! Mesti kita akan enjoy..”
“julien! Hantar ramen ni dekat meja lapan!”
“woii! Kau tak nampak aku tengah ambil pesanan ni? Panggil
lah orang lain! Aku bukan hamba suruhan kau, tau tak! Ni semua pasal rancangan
bijak kau tu la! Selamba je salah gunakan kekacakan untuk raih untung!”
“apa?! Rancangan aku ni sempurna tau? Orang makan gaji macam
kau ni, apa yang kau tau?”
“jangan lah bergaduh dekat sini! Malu betul lah..”
“hai! Kitaorang dah balik!”
“yik! Kenapa korang balik awal?”
“hee... kitaorang rindu korang lah! Jadi kitaorang dah buat
keputusan nak dating dekat sini!”
“urr.. miku, aku tahu kau tak sampai hati tengok aku dibuli
miya kat sini..”
“lembap! Cepat buat kerja!!”
Berjumpa insan
sepertimu ialah satu perkara paling bermakna sepanjang hidupku
|
|